KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa orang ramai supaya membeli kit ujian kendiri COVID-19 yang menggunakan sampel saliva atau air liur yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) sahaja dan membelinya daripada penjual yang sah.
Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata orang ramai perlu menyemak senarai kit ujian kendiri yang diluluskan melalui laman web PBPP sebelum membuat pembelian bagi mengelak produk tiruan yang boleh menyebabkan risiko keselamatan kerana kualitinya terjejas atau kit ujian yang dikitar semula.
Beliau berkata adalah penting untuk orang ramai mengikuti arahan pada kit ujian itu bagi mendapatkan keputusan yang tepat serta memastikan kit ujian itu dibuang dengan betul setelah digunakan bagi mencegah penyebaran jangkitan.
"MMA juga bersetuju dengan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bahawa perlunya peraturan ketat terhadap penjualan kit ujian kendiri COVID-19 kerana penjual yang tidak sah telah mengiklankan dan menjual kit ujian itu secara terus kepada pengguna menerusi platform media sosial.
"Ada beberapa penjual ini yang mendakwa kit ujian kendiri mereka mempunyai ketepatan 99 peratus tanpa mendedahkan jenama produk itu, keadaan ini amat membimbangkan kerana orang ramai boleh mudah terpedaya dengan membeli kit ujian kendiri yang palsu atau dengan kualiti rendah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Subramaniam juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bekerjasama rapat dengan PBPP dan pihak polis bagi memantau penjualan kit ujian COVID-19, termasuk menyiasat dakwaan kit ujian yang tidak diluluskan atau tiruan di pasaran.
Pada 11 Ogos lepas, Kementerian Kesihatan mengeluarkan senarai penuh jenama kit ujian kendiri COVID-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan umum.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Presiden MMA Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata orang ramai perlu menyemak senarai kit ujian kendiri yang diluluskan melalui laman web PBPP sebelum membuat pembelian. - Gambar fail
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tiada bukti kukuh sokong dakwaan air berkarbonat boleh diuji positif COVID-19 - MDA
Katanya, cecair selain sampel yang disebutkan dalam arahan penggunaan kit ujian mempunyai sifat kimia yang boleh menyebabkan tindak balas.
COVID-19: MDA batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri
MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.
Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi - MMA
Orang ramai dinasihat supaya tidak membuat pembelian panik kit ujian itu sehingga boleh menyebabkan bekalannya menyusut.
Kawalan harga kit ujian COVID-19, vaksinasi antara isu dibahas Ahli Parlimen
Isu berkaitan kenaikan harga kit ujian pengesanan kendiri COVID-19 dan proses vaksinasi dibangkitkan beberapa Ahli Parlimen pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Hadkan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di farmasi, kedai runcit sah sahaja - CAP
Penularan dan peningkatan kes COVID-19 menyebabkan permintaan kit ujian kendiri melonjak.
Saringan bergilir: KPM bekalkan kit ujian kendiri COVID-19 ke sekolah rendah
Surat pemakluman akan dikeluarkan berhubung pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah.
Kesan negatif jualan kit ujian kendiri COVID-19 di kedai serbaneka, stesen minyak
Tetapi apabila penjualannya dibuka kepada pelbagai jenis outlet, saya percaya bahawa akan wujudnya kit ujian tiruan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa.
Penjualan kit ujian kendiri diperluas ke stesen minyak, jaminan harga bawah RM10 - KPDNHEP
Kit berkenaan akan dijual dengan harga di bawah RM10 berbanding harga asal RM19.90 yang dijual di farmasi dan kedai ubat.
Pelancongan: Pengusaha premis penginapan disaran sediakan kit ujian kendiri COVID-19
Walaupun tidak diwajibkan, ia merupakan satu langkah yang baik bagi memastikan tiada risiko penularan jangkitan di premis mereka.
KPDNHEP jamin bekalan kit ujian kendiri mencukupi
Ketika ini terdapat kira-kira 6 juta kit ujian tersebut di pasaran.