awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dapur pemanggang itik punca asap tebal keluar dari pusat beli belah Pavillion Bukit Bintang

Hilmi Malik
Hilmi Malik
30/03/2022
08:48 MYT
Dapur pemanggang itik punca asap tebal keluar dari pusat beli belah Pavillion Bukit Bintang
Asap tebal didapati berpunca daripada dapur pembakar daging itik sebuah restoran, yang terletak di tingkat satu pusat beli-belah itu.- Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Kebakaran yang berlaku membabitkan pusat beli belah Pavilion Bukit Bintang di ibu negara adalah berpunca daripada sebuah restoran yang menghidangkan daging itik di tingkat 1 bangunan tersebut.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohd Rozi Jusoh, sebaik sahaja tiba di lokasi, asap kebakaran dikesan pihaknya keluar daripada sebuah restoran.
Hasil siasatan mendapati, kebakaran berpunca daripada alat pembakar daging melibatkan premis restoran berkenaan.
“Kebakaran bagaimanapun padam dengan sendirinya dan pada masa sama lima unit ‘sprinkler’ telah pecah disebabkan kebakaran yang terhasil.
“Siasatan lanjut masih giat dijalankan pihak Unit Forensik JBPM Kuala Lumpur,” menurut kenyataan tersebut pada Rabu.
Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.14 petang sebelum hadir dengan kekuatan 11 anggota bersama dua jentera FRT.
Sementara itu, Pavilion Kuala Lumpur dalam satu kenyataan turut mengesahkan kejadian terbabit dan masih menantikan laporan penuh daripada pihak berkuasa.
[TERKINI] Sebuah restoran di Pavillion Bukit Bintang terbakar
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Pavillion
#Balai Bomba dan Penyelamat
#daging itik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan