CHUKAI: Empat anjing dari Unit Pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) iaitu Frankie, Denti, Grouse dan Lady kembali beraksi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih.
Ketua Unit Pengesan K9 JBPM, Lacey Elizabeth Stanley berkata keempat-empat anjing pengesan milik jabatan itu menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang dua hari terlibat dalam operasi berkenaan.
"Tip-top... Ten out of ten," katanya ringkas apabila ditanya mengenai prestasi yang dipamerkan hero comel itu.
Turut serta dalam operasi kali ini ialah Sarkar dari Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Bukit Aman.
Kelima-lima hero lincah ini pernah menambat hati rakyat Malaysia ketika terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, akhir tahun lepas.
Beberapa bulan selepas itu, Denti dan Frenkie yang sudah enam tahun berkhidmat diterbangkan ke bumi Turkiye selama 14 hari bagi membantu operasi khas SAR gempa bumi yang meragut kira-kira 50,000 nyawa pada Februari tahun ini.
Berbekalkan latihan yang komprehensif dan berterusan bersama pengendali masing-masing, Lacey ternyata berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan masing-masing dalam misi kali ini.
Bagaimanapun, Lacey berkata adalah menjadi tanggungjawab para pengendali untuk peka dengan keadaan haiwan tersebut terutamanya dari aspek kesihatan mereka meskipun keempat-empat anjing K9 itu belum menunjukkan tanda-tanda keletihan sepanjang terlibat operasi mengesan 10 mangsa yang hilang.
"Sepanjang operasi kita perlu sentiasa tengok keadaan mereka. Pengendali tidak boleh sedaya upaya seperti pasukan lain kerana apabila bekerja dengan anjing pengesan ini, waktu bekerja dan berehat kita ikut waktu mereka (anjing).
"Kalau ada nampak tanda-tanda anjing ini kepenatan, pengendali perlu segera merehatkan mereka dari sebarang kerja atau tugasan," katanya.
Sementara itu, pengendali Sarkar, Lans Korp Jonvi Moris berkata beliau perlu sentiasa sensitif dengan keadaan kesihatan anjing kendaliannya dari baka German Shepherd itu yang disifatkannya hiperaktif.
Katanya, setelah empat tahun mengendalikan Sarkar, beliau sudah boleh 'membaca' keagresifan anjing berusia lima tahun itu ketika beraksi.
"Sarkar ini sangatlah hiperaktif. Boleh kata selagi dia belum pengsan, dia akan paksa dirinya bekerja dan terus bekerja walaupun dah mula tunjuk tanda-tanda kepenatan. Itu sebenarnya tidak bagus untuk kesihatannya lebih-lebih lagi sebelum ini, dia pernah terkena penyakit mudah diserang strok haba.
"Jadi, apabila lidahnya semakin terjelir panjang, air liur mula berbuih banyak serta jalan pun tidak berapa betul, saya akan segera merehatkannya. Kalau tidak, selagi itulah dia akan terus bekerja," kata pengendali Sarkar dari bahagian jenayah Unit K9 PDRM.
Walaupun belum berhasil membuat sebarang penemuan mayat mangsa, namun Sarkar yang ditugaskan untuk membuat pengesanan di tebing sungai di Sektor A dan B itu masih berperanan penting sebagai pemudah cara dalam operasi SAR berkenaan.
"Sebagai pengendalinya, saya boleh katakan setiap indikator yang Sarkar bagi sangat tepat dan membantu pencarian ini," katanya sambil memaklumkan seekor lagi anjing K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang akan turut serta dalam operasi kali ini.
Memasuki hari keempat operasi SAR, dua daripada 10 mangsa tragedi kepala air di jeram itu perlu dikesan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Keempat-empat anjing pengesan milik jabatan itu menunjukkan prestasi membanggakan sepanjang dua hari terlibat dalam operasi berkenaan. - Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Polis Chile latih anjing kenal pasti pesakit COVID-19
Pihak berkuasa melatih anjing untuk mengesan jangkitan menerusi peluh dan bau badan manusia yang dijangkiti virus itu pada peringkat awal.