GADGETS
Dari sisa jadi nilai: Kulit Lestari UTHM era baharu industri fesyen dan pertanian
Kulit Lestari, sejenis bahan alternatif menyerupai kulit haiwan tetapi diperbuat sepenuhnya daripada sisa pisang, nanas dan buluh.
KUALA LUMPUR: Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, batang pisang, daun nanas dan batang buluh hanyalah sisa dibuang, dilonggok atau dibiarkan mereput selepas tuaian.
Ringkasan AI
Namun bagi seorang penyelidik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), sisa-sisa itu adalah emas hijau yang menunggu untuk digali.
“Idea ini bukan datang semalaman… bukan bangun tidur terus dapat ilham.
"Saya lihat ekosistem di luar negara, bagaimana mereka memanfaatkan sisa tanaman. Malaysia pula ada sumber melimpah, tapi sayangnya banyak dibuang,” kata Felo Industri Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM, Ts. Dr. Mohd Nazrul Roslan.
Daripada pemerhatian itu, lahirlah satu inovasi yang kini menjadi kebanggaan universiti iaitu Kulit Lestari, sejenis bahan alternatif menyerupai kulit haiwan tetapi diperbuat sepenuhnya daripada sisa pisang, nanas dan buluh.
Sisa pertanian yang diabaikan
Malaysia adalah negara tropika yang kaya dengan tanaman makanan. Tetapi di sebalik kemewahan hasil tani, Nazrul sedar satu masalah besar iaitu lebihan tanaman yang tidak diuruskan.
“Pisang dan nanas adalah tanaman nombor dua dan tiga terbesar dalam kategori buah-buahan negara. Dianggarkan hampir 160 tan sisa dibuang setiap tahun. Sedangkan kalau betul-betul diurus dan diproses, sisa ini boleh menjana RM1 bilion setahun.
"Bagi setiap tandan pisang yang dituai, batangnya dipotong dan dibuang. Begitu juga dengan ladang nanas daunnya kerap menjadi sisa. Buluh pula biasanya ditebang untuk industri lain tetapi bahagian batang yang tidak digunakan turut terbuang," katanya.
Dalam semua itu, Nazrul melihat peluang.
Kembali kepada teknologi lama, tetapi dengan inovasi baharu
Menurut beliau, pengekstrakan fiber daripada tumbuhan bukanlah perkara baharu.
“Teknologi fiber ini wujud sejak zaman nenek moyang. Tapi di UTHM, kami tanya bagaimana kita mekanisasikan proses ini? Bagaimana kita jadikan ia industri moden?”
Daripada persoalan itu, pasukannya membangunkan mesin sendiri bagi mengekstrak fiber daripada batang pisang, daun nanas dan khususnya buluh yang menjadi titik kejayaan besar mereka.
“Kami yang pertama berjaya keluarkan fiber buluh secara lestari tanpa penggunaan bahan kimia. Itu penting, sebab matlamat kita adalah bahan mampan yang benar-benar hijau.
"Prosesnya kini lebih konsisten, bersih dan berdaya saing untuk dijadikan produk hiliran," ujarnya.
Dari Fiber ke Benang, Dari Benang ke ‘Kulit’
Inovasi kulit lestari bukan berlaku dalam satu langkah
“Kami mula dengan fiber kemudian jadi benang dan daripada situ kami inovasikan produk akhir, iaitu kulit.
"Kulit Lestari mempunyai tekstur seperti gentian halus yang menjadikannya kuat, fleksibel dan menarik malah hampir menyamai kulit haiwan.
“Kami bakar, kami uji ketahanan… hasilnya hampir setara dengan kulit haiwan, malah ada aspek tertentu yang lebih baik. Keunikannya adalah sifat fiber itu sendiri," katanya.
Keupayaan memanfaatkan 99 peratus sumber tempatan
Nazrul menekankan bahawa Kulit Lestari bukan sekadar produk, tetapi model ekonomi.
“Untuk jayakan inovasi ini, kita perlukan ekosistem lengkap," katanya.
Beliau menyenaraikan tiga komponen besar iaitu, pekebun kecil dimana mereka ialah pembekal utama sisa tanaman seperti batang pisang dan daun nanas. Dengan sokongan kerajaan, industri ini boleh berkembang menjadi rantaian nilai baharu untuk komuniti tani.
"Kedua ialah rakan industri / jenama fesyen. UTHM menghasilkan bahan mentah kulit dan membuka perkhidmatan OEM kepada jenama fesyen, korporat atau pereka tempatan yang mahu membangunkan produk.
"Terakhir, sokongan untuk skala besar membina rangkaian pengumpulan sisa, mengadakan insentif untuk industri biobahan dan mengkomersialkan produk ke pasaran antarabangsa," katanya.
Potensi pasaran: Dari fesyen ke kenderaan
Walaupun belum sampai ke peringkat pengguna akhir, UTHM sudah melakukan ujian makmal dan lapangan. Hasil awal menunjukkan Kulit Lestari berpotensi digunakan untuk aksesori (beg, dompet, kasut), upholsteri perabot, hiasan dalaman automotif dan produk gaya hidup mesra alam.
Di sebalik inovasi ini, Nazrul percaya Malaysia mampu menjadi hab biobahan Asia jika ekosistemnya dibina dengan baik.
“Kita ada tanah, kita ada sisa tanaman, kita ada kepakaran. Kalau 99 peratus bahan mentah boleh keluar dari Malaysia, kita sebenarnya boleh memimpin rantau ini," tegasnya.
Dari batang pisang yang reput di tepi ladang, dari daun nanas yang dibakar selepas tuaian, kini muncul kulit baharu, bahan lestari yang berpotensi menembusi industri global.
Dan seperti banyak inovasi besar, semuanya bermula dengan satu soalan ringkas iaitu mengapa kita biarkan sisa menjadi beban, sedangkan ia boleh menjadi nilai?
Ringkasan AI
- Penyelidik UTHM mengubah sisa tanaman seperti batang pisang, daun nanas, dan buluh menjadi "Kulit Lestari," bahan alternatif yang menyerupai kulit haiwan.
- Malaysia mempunyai lebihan tanaman yang tidak diuruskan, seperti 160 tan sisa pisang dan nanas dibuang setiap tahun, tetapi jika diproses, ia boleh menjana RM1 bilion setahun.
- Inovasi Kulit Lestari tidak hanya produk, tetapi model ekonomi yang mampu memanfaatkan 99% sumber tempatan, dengan potensi aplikasi dari aksesori fesyen hingga hiasan dalam kenderaan.
Namun bagi seorang penyelidik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), sisa-sisa itu adalah emas hijau yang menunggu untuk digali.
“Idea ini bukan datang semalaman… bukan bangun tidur terus dapat ilham.
"Saya lihat ekosistem di luar negara, bagaimana mereka memanfaatkan sisa tanaman. Malaysia pula ada sumber melimpah, tapi sayangnya banyak dibuang,” kata Felo Industri Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM, Ts. Dr. Mohd Nazrul Roslan.
Daripada pemerhatian itu, lahirlah satu inovasi yang kini menjadi kebanggaan universiti iaitu Kulit Lestari, sejenis bahan alternatif menyerupai kulit haiwan tetapi diperbuat sepenuhnya daripada sisa pisang, nanas dan buluh.
Sisa pertanian yang diabaikan
Malaysia adalah negara tropika yang kaya dengan tanaman makanan. Tetapi di sebalik kemewahan hasil tani, Nazrul sedar satu masalah besar iaitu lebihan tanaman yang tidak diuruskan.
“Pisang dan nanas adalah tanaman nombor dua dan tiga terbesar dalam kategori buah-buahan negara. Dianggarkan hampir 160 tan sisa dibuang setiap tahun. Sedangkan kalau betul-betul diurus dan diproses, sisa ini boleh menjana RM1 bilion setahun.
"Bagi setiap tandan pisang yang dituai, batangnya dipotong dan dibuang. Begitu juga dengan ladang nanas daunnya kerap menjadi sisa. Buluh pula biasanya ditebang untuk industri lain tetapi bahagian batang yang tidak digunakan turut terbuang," katanya.
Dalam semua itu, Nazrul melihat peluang.
Kembali kepada teknologi lama, tetapi dengan inovasi baharu
Menurut beliau, pengekstrakan fiber daripada tumbuhan bukanlah perkara baharu.
“Teknologi fiber ini wujud sejak zaman nenek moyang. Tapi di UTHM, kami tanya bagaimana kita mekanisasikan proses ini? Bagaimana kita jadikan ia industri moden?”
Daripada persoalan itu, pasukannya membangunkan mesin sendiri bagi mengekstrak fiber daripada batang pisang, daun nanas dan khususnya buluh yang menjadi titik kejayaan besar mereka.
“Kami yang pertama berjaya keluarkan fiber buluh secara lestari tanpa penggunaan bahan kimia. Itu penting, sebab matlamat kita adalah bahan mampan yang benar-benar hijau.
"Prosesnya kini lebih konsisten, bersih dan berdaya saing untuk dijadikan produk hiliran," ujarnya.
Dari Fiber ke Benang, Dari Benang ke ‘Kulit’
Inovasi kulit lestari bukan berlaku dalam satu langkah
“Kami mula dengan fiber kemudian jadi benang dan daripada situ kami inovasikan produk akhir, iaitu kulit.
"Kulit Lestari mempunyai tekstur seperti gentian halus yang menjadikannya kuat, fleksibel dan menarik malah hampir menyamai kulit haiwan.
“Kami bakar, kami uji ketahanan… hasilnya hampir setara dengan kulit haiwan, malah ada aspek tertentu yang lebih baik. Keunikannya adalah sifat fiber itu sendiri," katanya.
Keupayaan memanfaatkan 99 peratus sumber tempatan
Nazrul menekankan bahawa Kulit Lestari bukan sekadar produk, tetapi model ekonomi.
“Untuk jayakan inovasi ini, kita perlukan ekosistem lengkap," katanya.
Beliau menyenaraikan tiga komponen besar iaitu, pekebun kecil dimana mereka ialah pembekal utama sisa tanaman seperti batang pisang dan daun nanas. Dengan sokongan kerajaan, industri ini boleh berkembang menjadi rantaian nilai baharu untuk komuniti tani.
"Kedua ialah rakan industri / jenama fesyen. UTHM menghasilkan bahan mentah kulit dan membuka perkhidmatan OEM kepada jenama fesyen, korporat atau pereka tempatan yang mahu membangunkan produk.
"Terakhir, sokongan untuk skala besar membina rangkaian pengumpulan sisa, mengadakan insentif untuk industri biobahan dan mengkomersialkan produk ke pasaran antarabangsa," katanya.
Potensi pasaran: Dari fesyen ke kenderaan
Walaupun belum sampai ke peringkat pengguna akhir, UTHM sudah melakukan ujian makmal dan lapangan. Hasil awal menunjukkan Kulit Lestari berpotensi digunakan untuk aksesori (beg, dompet, kasut), upholsteri perabot, hiasan dalaman automotif dan produk gaya hidup mesra alam.
Di sebalik inovasi ini, Nazrul percaya Malaysia mampu menjadi hab biobahan Asia jika ekosistemnya dibina dengan baik.
“Kita ada tanah, kita ada sisa tanaman, kita ada kepakaran. Kalau 99 peratus bahan mentah boleh keluar dari Malaysia, kita sebenarnya boleh memimpin rantau ini," tegasnya.
Dari batang pisang yang reput di tepi ladang, dari daun nanas yang dibakar selepas tuaian, kini muncul kulit baharu, bahan lestari yang berpotensi menembusi industri global.
Dan seperti banyak inovasi besar, semuanya bermula dengan satu soalan ringkas iaitu mengapa kita biarkan sisa menjadi beban, sedangkan ia boleh menjadi nilai?
#Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
#Kulit Lestari
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#Festival Ideas Putrajaya