awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat: Orang Melayu mula marah - Tun Mahathir

Isabelle Leong
Isabelle Leong
20/04/2021
08:54 MYT
Darurat: Orang Melayu mula marah - Tun Mahathir
DR MAHATHIR: Terdapat agak ramai orang Melayu yang marah sekarang kerana mereka menderita akibat darurat ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perisytiharan Proklamasi Darurat sedikit sebanyak telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Melayu, menurut Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, orang Melayu mula meluahkan perasaan marah di laman media sosial kerana mendakwa mereka mula menderita akibat pelaksanaan Proklamasi Darurat.
“Orang Melayu biasa tidak akan derhaka kepada Raja tetapi sekarang orang Melayu mula berasa marah kepada Istana.
“Kita dapat mengikuti (berhubung perkara ini) di media sosial. Ini sangat luar biasa untuk orang Melayu, untuk menentang pemerintah kita.
Tun M @chedetofficial ketika ditemui pemberita berkata, orang Melayu mula rasa marah dengan Yang di-Pertuan Agong kerana mengisyitharkan proklamasi darurat. Orang Melayu biasa tidak derhaka kepada raja tetapi sekarang orang Melayu mula rasa marah kepada raja @501Awani pic.twitter.com/FStQ8aO0Hj
— Isabelle Leong (@1sabelleLeong) April 20, 2021
[SIDANG MEDIA] Penyerahan warkah menghadap YDP Agong untuk memorandum #TamatDarurat
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media susulan bertemu dengan Setiausaha Sulit Kanan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim bagi menghantar surat untuk memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk menerima petisyen rayuan menamatkan Darurat.
Sebelum itu sekitar pukul 3.17 petang, Dr Mahathir memasuki pekarangan Istana Negara bersama Pengerusi Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Abdul Samad dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Dr Mahathir mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional mungkin tidak dapat menyampaikan maklumat yang cukup kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga pengisytiharan Proklamasi Darurat diperkenan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Dr Mahathir mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional mungkin tidak dapat menyampaikan maklumat yang cukup kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga pengisytiharan Proklamasi Darurat diperkenan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Dr Mahathir mendakwa, kerajaan Perikatan Nasional mungkin tidak dapat menyampaikan maklumat yang cukup kepada Yang di-Pertuan Agong sehingga pengisytiharan Proklamasi Darurat diperkenan oleh YDPA mulai Januari 11, 2021 hingga Ogos 1, 2021.
Tindakan itu, dakwa Dr Mahathir seolah-olah kelihatan seperti apa-apa tindakan yang diambil kerajaan adalah atas arahan Istana Negara.
“Segalanya diletakkan di bahu Agong (seolah-olah) apa jua tindakan dikatakan atas arahan Agong.
“Oleh itu, rakyat sekarang ini tidak seperti biasa, mereka berasa tidak senang dengan keadaan ini,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Dr Mahathir Mohamad
#Yang di-Pertuan Agong
#orang Melayu
#Proklamasi Darurt
#Perikatan Nasioal
#Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat
#Khalid Abdul Samad
#Mohamad Sabu
#Melayu marah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan