KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian dan perlu dicapai pada penghujung tahun 2022, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri berkata penetapan ini adalah berikutan dasar berkenaan belum lagi mencapai sasaran setakat ini.
"Di dalam Bajet 2022 menyediakan peluang untuk anak muda OKU dilantik menerusi skim MySTEP (Program Pekerjaan Jangka Pendek Malaysia) dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Jan 2022.
"Azam dan usaha ini sekali gus membantu mempercepatkan Dasar 1 Peratus OKU dalam sektor awam tercapai," katanya semasa berucap merasmikan Majlis Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia sempena Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini malam ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata kerajaan tidak pernah sesekali meminggirkan golongan OKU, malah sentiasa mengiktiraf peranan dan kepentingan mereka terutamanya dalam agenda Keluarga Malaysia.
Kerajaan, katanya, menyedari dalam tempoh hampir dua tahun ini seluruh rakyat terbeban dengan ancaman pandemik COVID-19 dan golongan OKU merupakan antara kelompok yang sangat terkesan akibat wabak itu.
Justeru, selain menyeru OKU bersiap siaga untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ke arah fasa endemik, kerajaan katanya akan sentiasa membantu dan menyokong agar golongan ini terus kental, berdaya tahan dan bersifat anjal bagi menyesuaikan diri dengan cara hidup norma baharu.
"Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 lebih banyak peluang ekonomi disediakan kepada OKU melalui pelbagai platform termasuk ekonomi perkongsian dan ekonomi digital," katanya.
Beliau berkata KPWKM serta agensi terlibat perlu memastikan setiap ringgit yang diperuntukkan dalam Bajet 2022 untuk keperluan OKU dibelanjakan dengan optimum.
"Isu-isu berbangkit perlu diselesaikan dengan sempurna dan benar-benar sampai kepada penerima manfaat, sebagai contoh, peruntukan sebanyak RM30 juta untuk menjadikan bangunan kerajaan mesra OKU perlu direalisasikan secara holistik oleh kementerian-kementerian lain yang berkaitan.
Ini bagi membolehkan bangunan-bangunan terbabit mematuhi undang-undang dan peraturan yang relevan. Selain itu Pihak Berkuasa Tempatan akan terus digalakkan untuk menerima pakai prinsip 'Universal Design' atau Reka Bentuk Sejagat bagi menambah baik akses kemudahan awam untuk OKU," katanya.
Beliau berkata ia termasuk peruntukan-peruntukan lain yang telah diluluskan perlu dilaksanakan dengan lebih teliti, supaya usaha memperkasa OKU secara komprehensif dapat direalisasikan.
Sementara itu, Rina berkata sehingga 30 Nov tahun ini terdapat seramai 587, 608 OKU telah berdaftar di bawah Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) dan kementerian akan terus berusaha supaya lebih ramai OKU dalam keluarga Malaysia mendaftar dengan JKM.
Beliau berkata antara Aspirasi Keluarga Malaysia di bawah kementerian adalah memperkenalkan inisiatif MyDaftar OKU dengan permohonan secara dalam talian supaya mewujudkan pangkalan data OKU dan sistem maklumat yang komprehensif.
Katanya pengurusan pendaftaran kad OKU melalui MyDaftarOKU akan memudahkan OKU tanpa pengisian borang secara manual, pengesahan ketidakupayaan oleh pakar, pegawai atau pengamal perubatan secara dalam talian.
Tema Sambutan Hari OKU pada tahun ini iaitu "Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik COVID-19" yang dipilih supaya golongan OKU bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ke arah fasa endemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
Perdana Menteri merasmikan Majlis Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia sempena Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan malam ini. - Gambar/ Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Dasar 1 peratus peluang kerja OKU jadi KPI semua kementerian - Ismail Sabri
Kerajaan menetapkan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijadikan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi semua kementerian.