awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar Air Negara akan turut beri penekanan pengurusan banjir - Nik Nazmi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/01/2023
02:55 MYT
Dasar Air Negara akan turut beri penekanan pengurusan banjir - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, dasar itu beri penekanan terhadap peranan air dalam kerangka pengurusannya. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan membangunkan Dasar Air Negara dengan penekanan terhadap peranan air dalam kerangka pengurusan membabitkan alam sekitar, perubahan iklim, tenaga, biodiversiti serta sumber asli.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia akan dapat membantu aspirasi kerajaan dalam menggerakkan pendekatan baharu seperti ekonomi kitaran (circular economy) dan pembangunan hijau.
"90 peratus daripada bencana alam seluruh dunia adalah berkaitan air, sama ada banjir atau kemarau, dan menyebabkan berjuta-juta kerugian setiap tahun. Dengan impak perubahan iklim, catatan jumlah hujan dan kering mencatat rekod setiap tahun, dan seterusnya menjejaskan ekonomi dan kehidupan masyarakat.
"Oleh itu, kita perlu memperkukuh strategi pelaksanaan membabitkan pengurangan risiko bencana dan impak perubahan iklim iaitu banjir yang merupakan salah satu fokus utama kerajaan pada masa ini.
"Kementerian haruslah mengambil kira dan memberi keutamaan kepada rakyat terutama golongan B40 dalam pengurusan banjir. Ini termasuklah pemuliharaan kawasan tadahan air sebagai khazanah alam yang sangat penting dalam menjamin sumber air negara," katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Himpunan Tahun Baharu Kementerian, pada Khamis.
Dalam masa yang sama, sebagai strategi jangka masa panjang dalam menangani bencana geologi, kementerian juga akan menubuhkan Pusat Penyelidikan Bencana Geologi Kebangsaan bagi menjalankan kajian forensik bencana geologi dalam memperkukuh ramalan, pemantauan dan amaran bencana negara.
Tambahnya, penegasan turut akan diberikan terhadap isu pencemaran sisa plastik menerusi Rangka Kerja Pelestarian Plastik Malaysia 2021-2030 sedang dan akan dilaksanakan, selain fokus terhadap isu pemanasan global.
"Pemanasan global akibat pelepasan gas rumah kaca (GHG) daripada aktiviti manusia memberi kesan langsung kepada sistem iklim global yang kini berada pada tahap membimbangkan dan menuntut tindakan progresif kita dalam melaksanakan tadbir urus perubahan iklim di peringkat nasional dan antarabangsa.
"Justeru, fokus utama bagi tahun 2023 adalah untuk memperkemaskan tadbir urus perubahan iklim melalui pembangunan strategi-strategi penting negara untuk mengurangkan pelepasan karbon negara seperti membangunkan Pelan Hala Tuju Nationally Determined Contribution (NDC) dan Strategi Pembangunan Pelepasan Karbon Jangka Panjang (Long-term Low Emission Development Strategies -LT-LEDS)," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#alam sekitar
#perubahan iklim
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan