Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengkaji semula dasar penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara bagi menyelaraskannya dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan di rantau ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi dasar baharu itu nanti, hanya sebahagian pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini.
"Kerajaan menggalakkan universiti tempatan mengambil pelajar luar negara seperti dari Indonesia, China, India serta Afrika tetapi pada masa sama, kita pula yang hantar pelajar negara ini ke luar negara.
"Sepatutnya kita yang menggalakkan pelajar meneruskan pengajian di universiti tempatan memandangkan keupayaan tenaga pengajarnya setanding dengan universiti luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ketujuh Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya, dekat sini, hari ini.
Menurut Ismail Sabri, setiap tahun Mara menghantar lebih 1,000 pelajar tajaannya ke luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, dan Australia.
Sementara itu, katanya langkah menambah peruntukan pembiayaan pendidikan sebanyak RM300 juta dalam pengubahsuian Bajet 2016 Khamis lepas, jelas menunjukkan kerajaan sentiasa mementingkan pendidikan walaupun dalam keadaan ekonomi semasa tidak menentu.
"Usaha yang dilakukan ini membuktikan kerajaan berkeupayaan dan bersungguh untuk memperkasakan negara sebagai hab pendidikan di rantau ini," katanya.
Anggota Parlimen Bera itu berkata pada masa sama MARA merancang membina lima lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) tahun ini iaitu di Ketereh, Kelantan; Bagan Datok, Perak; Sik, Kedah; Bera, Pahang dan Tanah Merah, Kelantan.
Katanya pembinaan itu bagi menampung permintaan ibu bapa yang meningkat setiap tahun untuk menghantar anak mereka belajar di institusi pendidikan berkenaan.
Setakat ini, katanya terdapat 50 MRSM di seluruh negara yang memberi peluang kepada pembelajaran yang lebih baik kepada bumiputera khususnya pelajar luar bandar.
Bernama
Sat Jan 30 2016
ISMAIL SABRI: Kerajaan menggalakkan universiti tempatan mengambil pelajar luar negara seperti dari Indonesia, China, India serta Afrika tetapi pada masa sama, kita pula yang hantar pelajar negara ini ke luar negara. -Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Dasar baharu Mara: Hanya pelajar terpilih dihantar ke luar negara - Ismail Sabri
Menerusi dasar baharu itu nanti, hanya sebahagian pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini.