awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar gaji minimum tidak mudarat ekonomi Malaysia - Pemuda MIC

Bernama
Bernama
13/09/2016
11:10 MYT
Dasar gaji minimum tidak mudarat ekonomi Malaysia - Pemuda MIC
SIVARRAAJH: Sehingga kini tidak satu industri pun yang terjejas kerana polisi gaji minimum.
Dasar gaji minimum bukan faktor yang merosakkan ekonomi Malaysia, kata Ketua Pemuda MIC, C. Sivarraajh.
Beliau berkata polisi itu merupakan keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempunyai sistem ekonomi egalitarian bagi membolehkan perkongsian kekayaan dalam kalangan rakyat.
Beliau mengulas posting dalam blok wartawan veteran A. Kadir Jasin pada Ahad yang berkata polisi Datuk Seri Najib seperti gaji minimum telah menyebabkan kerosakan dan kesengsaraan kepada rakyat.
"Sehingga kini tidak satu industri pun yang terjejas kerana polisi gaji minimum. Ia hanya taktik yang digunakan sektor perniagaan dan wakil masing-masing bagi menakutkan rakyat dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.
Sivarraajh berkata penguatkuasaan Akta Gaji Minimum memberi jutaan pekerja gaji yang adil, yang mereka boleh memulangkannya semula untuk menghadapi kesukaran ekonomi.
Menyifatkan kenyataan Kadir sebagai 'bodoh dan tidak konsisten dengan fakta', beliau berkata Malaysia memerlukan polisi gaji minimum kerana secara tradisi perniagaan telah menekan gaji dan memeras pekerja.
"Majikan akan sentiasa mencari jalan untuk tidak membayar gaji lebih baik dan ini sebabnya kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang gaji minimum," katanya.
Topic Berkaitan
#Dasar Gaji Minimum
#ekonomi negara
#Kadir Jasin
#Najib Razak
#Pemuda MIC
#Sivarraajh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan