awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar Gaji Progresif beri manfaat kepada 1.05 juta pekerja - Rafizi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/11/2023
07:12 MYT
Dasar Gaji Progresif beri manfaat kepada 1.05 juta pekerja - Rafizi
Rafizi berkata, pelaksanaan inisiatif itu dijangka memberi nilai tambahan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak RM3.3 bilion - Foto fail
KUALA LUMPUR: Dasar Gaji Progresif dijangka memberi manfaat kepada 1.05 juta pekerja, dengan andaian pemberian insentif daripada kerajaan sebanyak RM2 bilion.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelaksanaan inisiatif itu juga dijangka memberi nilai tambahan kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak RM3.3 bilion.
Selain itu, beliau menjangkakan tambahan kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM790 juta, dan hasil cukai pendapatan sebanyak dijangka RM1.8 bilion pada tahun pelaksanaan.
"(Ia dicapai ) dengan tambahan 37,529 orang pembayar cukai pendapatan baharu pada tahun pertama pelaksanaan.
"Konsepnya apabila kita naik gaji pekerja, lebih ramai pekerja akan berbelanja, lebih ramai yang membayar cukai kerana ia melepaskan had pelepasan cukai dan sudah tentu KWSP akan meningkat.
"Kenaikan gaji dijangka meningkatkan kuasa beli pekerja yang akan memberikan kesan pengganda kepada penggunaan dan pelaburan swasta.
"Kenaikan gaji pekerja juga akan memberi kesan positif dari segi peningkatan produktiviti dan pengurangan kadar pengangguran, di samping menambah baik bahagian pampasan pekerja kepada KDNK," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Rafizi berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif hari ini.
Topic Berkaitan
#Dasar Gaji Progresif
#Rafizi Ramli
#Dewan Rakyat
#manfaat kepada rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan