awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
24/11/2024
03:35 MYT
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Jelas Nancy, dasar itu akan membentuk insan seimbang, berperibadi unggul, progresif serta mempunyai nilai-nilai murni ke arah kesejahteraan Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM) hari ini melancarkan Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu sebagai salah satu langkah memperkukuhkan usaha menjaga kebajikan kumpulan berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan yang memberi kesan kepada masa depan mereka.
Menerusi empat objektif, dasar itu jelas beliau akan membentuk insan seimbang, berperibadi unggul, progresif serta mempunyai nilai-nilai murni ke arah kesejahteraan Malaysia.
“Dasar ini memberi fokus kepada perlindungan daripada keganasan, eksploitasi, dan pengabaian.
“Selain itu, perkembangan holistik dari segi fizikal, emosi, mental, dan kerohanian; serta penyertaan bermakna kanak-kanak dalam proses membuat keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka,” katanya.
Beliau berucap pada majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan 2024 bertemakan "Dengarlah Suara Kami" di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Ahad.
Hadir sama menyempurnakan majlis tersebut ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Berucap lanjut, Nancy berharap ibu bapa, pendidik, dan pemimpin masyarakat dapat bersama-sama memainkan peranan penting dalam membentuk generasi muda yang bermoral, berdaya saing, dan prihatin.
Katanya lagi, sektor swasta turut diseru meneruskan sokongan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) terutama dalam membantu kanak-kanak yang memerlukan.
Dalam masa sama, Nancy menambah sejak Malaysia meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) pada 1995, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk melindungi hak dan kesejahteraan kanak-kanak.
“Ini termasuk pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001, yang terus ditambah baik untuk memberi perlindungan lebih menyeluruh.
“Meskipun begitu, kita tidak boleh leka. Statistik menunjukkan masih banyak kes penderaan, pengabaian, dan eksploitasi kanak-kanak yang dilaporkan.
“Di sinilah peranan komuniti amat penting. Setiap daripada kita mesti menjadi mata dan telinga, membantu melaporkan kes-kes ini dan memastikan kanak-kanak di sekeliling kita sentiasa selamat,” ujar beliau.
Mengenai sambutan Hari Kanak-Kanak 2024 pula, Nancy berkata tema pada tahun ini menekankan kepentingan mendengar dan memberi perhatian kepada suara kanak-kanak, serta tanggungjawab bersama untuk memastikan hak, kesejahteraan, serta masa depan kumpulan tersebut terpelihara.
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#Dasar Kanak-Kanak Negara
#KPWKM
#suara kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan