NATIONAL
Dasar luar Malaysia bolehkan negara jalin kerjasama tanpa tekanan - Mohamad
Mohamad berkata Malaysia juga boleh menjalinkan hubungan dua hala asalkan negara terlibat menghormati aturan antarabangsa berpandukan undang-undang serta mengamalkan dasar berperikemanusiaan. - Gambar fail
SEREMBAN: Dasar luar Malaysia yang berasaskan prinsip aman, bebas dan berkecuali serta mesra pelabur membolehkan negara mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak tanpa tekanan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ringkasan AI
Beliau berkata Malaysia juga boleh menjalinkan hubungan dua hala asalkan negara terlibat menghormati aturan antarabangsa berpandukan undang-undang serta mengamalkan dasar berperikemanusiaan.
"Ia termasuk lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia, hubungan kita dengan Rusia sudah lama terjalin. Selepas beberapa tahun, kita adakan lawatan rasmi dan persahabatan dengan negara itu tanpa mengambil ideologi mereka.
"Kita mahu adakan hubungan dua hala dengan mereka terutama dari segi perdagangan, ia mustahak bagi membuka ruang dan pasaran seluas-luasnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata pada masa sama ia sebagai langkah menarik pelaburan asing ke Malaysia supaya dapat membangunkan negara dengan lebih baik.
Sementara itu, beliau berkata kesiapsiagaan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di ibu negara berada pada tahap terbaik.
"Saya juga sarankan sekolah, pejabat kerajaan dan swasta yang berada di kawasan terlibat untuk benarkan bekerja atau belajar dari rumah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan pergerakan pemimpin negara yang menjadi tetamu nanti," katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei ini menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Malaysia mengamalkan dasar luar yang aman, bebas, berkecuali dan mesra pelabur, membolehkan negara menjalin hubungan dua hala dengan mana-mana negara termasuk Rusia, selagi menghormati undang-undang antarabangsa dan prinsip kemanusiaan.
- Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Rusia untuk memperkukuh hubungan perdagangan, tanpa mengambil ideologi negara tersebut, demi membuka lebih banyak peluang pasaran dan pelaburan.
- Persiapan untuk Sidang Kemuncak ASEAN pada 2627 Mei di Kuala Lumpur berada pada tahap terbaik, dan orang ramai disaran bekerja atau belajar dari rumah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.