MALAYSIA
Dasar luar Malaysia perlu bersifat proaktif dan pragmatik - Pengerusi ISIS
Mohd Faiz berkata dari sudut geostrategik, Malaysia perlu mengekalkan hubungan luar yang seimbang tanpa dilihat menyimpang daripada prinsip asasnya. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu merangka dasar luar yang selaras dengan aspirasinya untuk meningkatkan kedudukan dalam indeks daya saing global tanpa mengabaikan prinsip asas yang menjadi terasnya.
Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Prof Mohd Faiz Abdullah berkata dari sudut geostrategik, Malaysia perlu mengekalkan hubungan luar yang seimbang tanpa dilihat menyimpang daripada prinsip asasnya.
Beliau menegaskan bahawa keperluan untuk mengukuhkan diplomasi strategik mesti diimbangi dengan usaha memastikan Malaysia tidak bergantung sepenuhnya kepada mana-mana pihak.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia perlu memberi tumpuan kepada dasar luar strategik jangka panjang.
"Pendekatan kita terhadap isu kemanusiaan kekal, namun pada masa yang sama, pendirian kita terhadap kepentingan keluwesan geoekonomi perlu terus diperluas," katanya semasa sesi perbincangan pada majlis pelancaran buku "Strategic Shift: Preparing Malaysia for a Turbulent Future" pada Rabu.
Beliau berkata memandangkan Malaysia menjadi hab kepada banyak syarikat multinasional dalam sektor semikonduktor, negara perlu melibatkan diri dengan negara asing dalam isu perniagaan yang memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi.
"Kita mesti terus mendekati dan memperkukuh hubungan dengan rantau yang sehaluan dengan kita seperti rakan dialog ASEAN, Jepun dan Korea Selatan," katanya.
Faiz yang juga penulis buku tersebut berkata sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia perlu mempelbagaikan hubungan dan membuka sebanyak mungkin pilihan dari segi geoekonomi.
Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia telah memainkan peranannya sebagai kuasa sederhana global dalam bidang diplomasi.
"Kita telah mencapai kejayaan apabila berjaya menjadi pengantara dalam rundingan gencatan senjata di sempadan Thailand-Kemboja," katanya.
Oleh itu, beliau menegaskan bahawa pendekatan jangka panjang dasar luar Malaysia perlu bersifat proaktif dan pragmatik bagi mencapai aspirasi negara serta menangani isu semasa dengan berkesan.
-- BERNAMA

#dasar luar Malaysia
#ISIS Malaysia
#Prof Mohd Faiz Abdullah
#Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa