MALAYSIA
Dasar Pengkomputeran Awan Negara dilancar, lima tonggak utama perkukuh ekosistem digital
Gobind berucap pada Majlis Perasmian NCCP di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, pada Rabu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dasar Pengkomputeran Awan Negara (NCCP) yang dilancarkan hari ini merupakan dasar pertama negara yang digubal sebagai langkah strategik untuk membangunkan ekosistem digital yang berdaulat, selamat, inklusif serta mampan.
Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo, NCCP mengamalkan pendekatan "Whole-of-Nation" melibatkan kerjasama antara semua pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, penyedia perkhidmatan awan, ahli akademik, dan rakyat.
NCCP meliputi lima tonggak utama iaitu Transformasi Sektor Awam; Memupuk Pertumbuhan Sektor Swasta; Perlindungan dan Privasi Data Selamat; Keterangkuman Digital; serta Kelestarian Alam Sekitar.
“Pelancaran dasar ini sekali lagi menegaskan komitmen bersama kita untuk meletakkan Malaysia sebagai peneraju global dalam teknologi awan.
“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia – kerajaan, industri, ahli akademik dan masyarakat sivil, untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh pengkomputeran awan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian NCCP di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, pada Rabu.
Berucap lanjut, Gobind berkata, dasar itu juga bersifat dinamik, membolehkan ia dikemas kini secara berterusan bagi menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan cabaran yang muncul.
Selain berfungsi sebagai dokumen panduan, jelas beliau NCCP merupakan pelan tindakan nasional untuk memastikan Malaysia mampu bersaing dalam ekonomi digital global yang pantas berubah.
“Berbanding dengan 10 tahun lalu, jumlah data yang digunakan dalam teknologi pada masa itu amat berbeza jika dibandingkan dengan jumlah data pada hari ini, melihat kepada kemajuan teknologi semasa.
“Terdapat juga unjuran tentang kedudukan kita dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang, dan jenis data yang akan diperlukan untuk menyokong teknologi baharu yang akan menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita.
“Oleh itu, sebagai sebuah negara yang bercita-cita untuk menjadi peneraju dalam bidang ini, kerajaan perlu memikirkan bukan sahaja bagaimana untuk meningkatkan kesedaran, tetapi juga menggalakkan penerimaan dan penggunaan teknologi ini,” ujar Gobind.
NCCP menetapkan asas kepada penggunaan teknologi awan yang strategik, terurus dan berimpak tinggi.
Dasar tersebut bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab pengkomputeran awan bertaraf
global menjelang 2030, berteraskan inovasi, keselamatan siber, kelestarian dan keterangkuman.
Melalui pendekatan yang holistik, NCCP menyokong pelaksanaan dasar-dasar digital negara sedia ada seperti Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).