KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Dasar Peralihan Tenaga negeri itu atau SET-P, satu lagi pelan hala tuju ke arah tenaga hijau bagi memastikan masa depan yang mampan, bersih dan makmur, akan melibatkan kerjasama dengan negara lain.
Beliau berkata kerjasama itu adalah dari segi perkongsian teknologi dan penciptaan peluang pekerjaan.
"Dengan menerima prinsip inovasi, keterangkuman dan amalan terbaik global, SET-P membayangkan pendekatan pelbagai dimensi yang menyepadukan dasar, peraturan, teknologi, infrastruktur serta penglibatan komuniti.
"Sesetengah pihak merujuk konsep ini sebagai 'hipernomik,' menonjolkan impak transformatif memanfaatkan infrastruktur termaju dan memupuk penglibatan komuniti yang memberangsangkan," katanya dalam ucaptama pada perasmian Pameran dan Persidangan Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 (APGH 2024) di sini hari ini.
Abang Johari berkata hipernomik mencerminkan rangka kerja sinergistik yang menyaksikan elemen ini berfungsi secara harmoni, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan usaha peralihan tenaga Sarawak.
Beliau turut mengumumkan penubuhan Pusat Kecemerlangan bagi Tenaga Bersih di Sarawak sebagai hab inovasi, penyelidikan dan pembangunan serta menghimpunkan pakar bagi merintis teknologi tercanggih yang memanfaatkan sumber boleh diperbaharui.
"Pusat ini akan menerajui persediaan dan pengurusannya sekali gus melambangkan komitmen kami terhadap inovasi dan kemajuan dalam sektor tenaga bersih. Ia akan memacu kemajuan dalam domain tenaga bersih seperti hidrogen, hidroelektrik, tenaga solar, biojisim dan bentuk lain yang baru muncul," katanya.
Abang Johari berkata Sarawak, yang sedang membangunkan Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak melalui Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar negeri itu, telah memperoleh geran pengajian berprestij mengenai tenaga hidrogen daripada Kementerian Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan.
"Geran ini akan membolehkan kami memulakan kajian untuk membangunkan Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak, satu pelan tindakan komprehensif untuk memanfaatkan potensi besar tenaga hidrogen. Kami berhasrat untuk memajukan kepinpinan Sarawak dalam ekonomi hidrogen bekerjasama dengan Korea Selatan bagi meneroka strategi inovatif bagi pengeluaran dan penggunaan hidrogen.
"Pelan Hala Tuju Hidrogen Sarawak akan membimbing usaha kami, meliputi kemajuan teknologi, pembangunan infrastruktur dan kerangka kawal selia. Menerusi kerjasama, kami mencari pertumbuhan ekonomi, penciptaan pekerjaan dan penjagaan alam sekitar sekali gus menyumbang kepada matlamat kelestarian global," katanya.
Sementara itu, Abang Johari berkata inisiatif geran pengajian itu adalah antara usaha penyahkarbonan kerajaan Korea Selatan.
"Saya tidak memiliki angka itu tetapi ia agak besar.. memandangkan kami memiliki bahan mentah, kami boleh bekerjasama dengan mereka, itulah sebabnya kami ingin menghasilkan hidrogen itu di sini dan ia akan dibawa ke Korea," katanya.
APGH 2024, yang berlangsung dari 10 hingga 12 Jun, berfungsi sebagai platform menghimpunkan pemimpin industri, penggubal dasar, pakar dan pihak berkepentingan dari seluruh dunia untuk meneroka serta mempromosi potensi hidrogen hijau.
Persidangan itu menampilkan program yang meluas termasuk ucaptama, perbincangan panel, sesi teknikal dan pameran komprehensif yang mempamerkan kemajuan terkini dalam teknologi hijau hidrogen.
Lebih 100 pempamer dan 500 delegasi mengambil bahagian dalam persidangan itu yang dijangka menjadi pemangkin projek, pelaburan serta kerjasama baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024
Abang Johari berkata kerjasama itu adalah dari segi perkongsian teknologi dan penciptaan peluang pekerjaan. - Gambar Bernama
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi
Hasil pertama projek cili fertigasi yang kini dalam proses penuaian menandakan pelancaran Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci sebelum bentang kepada Kabinet - Rafizi
Kementerian Ekonomi sedang memperincikan kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan, sebelum dibentangkan kepada Kabinet.
Kementerian Ekonomi mula gerak kerja RMK13, dijangka bentang di Parlimen suku ketiga 2025
RMK-13 perlu dirangka dengan lebih holistik, strategik dan inklusif bagi mencapai matlamat Ekonomi MADANI.
PM Anwar tiba di Laos hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara Laos untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang-Sidang Berkaitan bermula esok.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
Kementerian Ekonomi akan mula inisiatif 'MADANI Mendengar', kumpul input rakyat untuk RMK-13
Kementerian Ekonomi bersedia untuk melancarkan siri sesi libat urus dan kumpulan berfokus di seluruh Malaysia bermula akhir bulan ini.
Kerajaan peruntuk RM1 juta bantu 200 usahawan veteran ATM
Setakat ini 96 usahawan veteran ATM telah dibantu dengan setiap penerima menerima bantuan wang tunai RM5,000 bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Pelan tindakan permudah jalankan perniagaan di peringkat akhir persiapan - Rafizi
Kementerian Ekonomi dan Perbadanan Produktiviti Malaysia sedang di peringkat akhir persiapan untuk membentangkan pelan tindakan menambah baik kecekapan proses dan prosedur serta reformasi struktur bag