MALAYSIA
Dasar RE_NEW pelihara bangunan warisan di Wilayah Persekutuan - Dr Zaliha
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata selain itu, dasar berkenaan juga bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon dan mengekalkan identiti kota. - Foto Facebook Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Dasar Penggunaan Semula dan Penggunasuaian Bangunan Wilayah Persekutuan (RE_NEW) sebagai usaha menghidupkan semula bangunan warisan di wilayah berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata selain itu, dasar berkenaan juga bertujuan untuk mengurangkan jejak karbon dan mengekalkan identiti kota.
"Jika bangunan masih selamat, bernilai dari segi warisan dan berdaya ekonomi, maka pilihan paling wajar adalah penggunaan semula, bukan merobohkan semata-mata atas nama pembangunan baharu," katanya menerusi hantaran berkenaan.
Beliau sebelum itu turut melancarkan dasar berkenaan di Rumah Hijau Taman Botani Perdana di sini hari ini.
Selain itu, Dr Zaliha berkata dasar berkenaan juga menawarkan pelbagai insentif menarik kepada pemaju dan pengusaha termasuk pengurangan caj pembangunan, kelulusan laluan pantas, kadar sewaan berinsentif untuk PKS dan komuniti, pengiktirafan karbon rendah serta geran padanan hijau.
Dr Zaliha berkata pelancaran dasar itu juga adalah kesinambungan daripada lawatannya ke Itali pada Mei lepas, apabila Wilayah Persekutuan diiktiraf sebagai bandar perintis konsep Baukultur di luar Eropah.
"Seringkali Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut pemerhatian Mark Twain ketika pertama kali tiba di Washington DC 'hutan konkrit tetapi gersang budayanya."
"Sehubungan dengan itu, di Wilayah Persekutuan, kami mahu mengubah persepsi itu kepada bandar yang hidup dengan roh budaya," katanya.
-- BERNAMA

#Dasar RE NEW
#Dasar Penggunaan Semula dan Penggunasuaian Bangunan
#Wilayah Persekutuan
#Zaliha Mustafa