KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan meneliti semula dasar-dasar melibatkan sumber manusia dan modal insan dalam usaha mengekalkan dan menarik bakat berkemahiran ke pasaran kerja tempatan.
Beliau berkata Majlis Tindakan Ekonomi yang bermesyuarat hari ini mengakui selain menghadapi cabaran dalam mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, negara kini berdepan saingan dari negara maju yang menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik bakat berkemahiran ke sektor berpotensi tinggi.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan hari ini.
Ismail Sabri berkata kerajaan komited menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpaksikan penerimagunaan teknologi baharu serta penciptaan dan pembangunan teknologi tempatan.
Di samping itu, katanya kerajaan juga akan terus berusaha membangunkan bakat masa hadapan bagi pertumbuhan yang inklusif dan mampan.
Katanya Majlis Tindakan Ekonomi juga bersetuju dengan cadangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi supaya langkah intervensi diambil bagi meningkatkan kedudukan Malaysia ke kedudukan 20 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global (Global Innovation Index).
Katanya ini selari dengan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
"Selain itu, satu langkah strategik inovasi akan diwujudkan bagi meningkatkan pengkomersialan teknologi dan inovasi negara berikutan ketidakpadanan bidang berkenaan dengan kehendak industri.
"Kerajaan sentiasa berusaha memastikan negara sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan perubahan teknologi dan memenuhi keperluan semasa pasaran buruh bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
Ismail Sabri berkata kerajaan komited menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpaksikan penerimagunaan teknologi baharu serta penciptaan dan pembangunan teknologi tempatan. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Boeing bakal berhentikan 2,500 pekerja di AS
Langkah pemecatan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan 17,000 tenaga kerja global.
YNS peruntuk lebih RM3 juta Anugerah Siswazah Kelas Pertama
Yayasan Negeri Sembilan (YNS) memperuntukkan lebih RM3 juta, kepada 618 siswazah penerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama tahun ini.
38,950 kecederaan pekerjaan direkodkan tahun 2023 - Steven Sim
Steven Sim berkata, ini menjadikan kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia pada tahun 2023 2.46 bagi setiap 1,000 pekerja.
Pegawai Kesuma diminta turun ke setiap negeri, dengar masalah pekerja - Sim
Steven Sim berkata ia selaras dengan aspirasi 3K Kesuma iaitu untuk meningkatkan kebajikan, kemahiran dan keberhasilan pekerja.
Teknologi tidak akan mampu gantikan kepimpinan manusia, mencipta budaya – HRD Corp
Teknologi tidak akan mampu menggantikan kepimpinan manusia dan mencipta budaya di tempat kerja.
Projek rintis Dasar Gaji Progresif disasar dilaksana sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun
Kementerian Sumber Manusia akan membuat penilaian dan pelarasan bagi perkara berkaitan pelaksanaan projek rintis tersebut.
Akta Kerja 1955 benarkan pekerja mohon aturan kerja anjal - SIM
Pekerja di Malaysia boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955.
Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.
Kerjasama kerajaan, pemain industri penting supaya Malaysia kekal berdaya saing - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah agar kerajaan, pemain industri dan semua pihak terus memberikan keutamaan kepada pembelajaran sepanjang hayat untuk rakyat.
NHCCE 2023 bakal jadi himpunan terbesar pengamal sumber manusia Asia Tenggara
Dengan tema 'Menjana Pertumbuhan, Menginspirasi Perubahan', edisi kali ini adalah lanjutan edisi 2022 yang mendapat sambutan menggalakkan.