KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menyedari hakikat bahawa data buruh dan sebahagian besar data produktivitinya sebenarnya agak mengelirukan untuk memahami situasi sebenar ekonomi, kata Ahli Ekonomi Jomo Kwame Sundaram.
Beliau berkata pada pertengahan dekad lepas, menggunakan data telekomunikasi, dianggarkan terdapat kira-kira 6.7 juta pekerja asing di Malaysia.
"Melihat kepada data buruh semasa tempoh itu, terdapat kira-kira 15 juta tenaga kerja di Malaysia yang mana 13 juta adalah warganegara manakala 2.2 juta pekerja asing. Dalam kata lain, terdapat kira-kira 4.5 juta yang tidakpun direkodkan sebagai pekerja asing di negara ini.
"Angka itu menunjukkan bahawa satu pertiga daripada tenaga kerja terdiri daripada pekerja asing," kata Dr Jomo semasa sesi "Accelerating Structural Transformation, Driving Economic Growth" pada Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2022, di sini, hari ini.
Beliau juga menekankan tentang kepentingan bagi kerajaan untuk mengiktiraf kehadiran pekerja asing untuk memahami isu serius berkaitan sumbangan besar mereka dan implikasi ke atas ekonomi.
"Pandemik ini boleh digunakan untuk memahami dengan lebih mendalam isu-isu ini, tetapi malangnya, ia tidak dilakukan. Oleh sebab statistik buruh tidak termasuk pekerja asing, terutamanya yang tidak berdokumen, kita mempunyai data yang sangat mengelirukan.
"Dengan tidak mengambil kira peranan bukan warganegara dalam ekonomi Malaysia, anggaran produktiviti kita tidak tepat dan tidak mencerminan situasi sebenar," katanya.
Mengenai bagaimana perkhidmatan diukur, beliau berkata penyumbang terbesar adalah pekerjaan perkhidmatan awam.
"Bagaimana produktiviti pekerjaan perkhidmatan awam diukur? ia diukur menerusi imbuhan dan emolumen yang diberikan. Jadi anda mempunyai situasi topologi di mana anda mengandai sumbangan itu dicerminkan oleh pendapatan.
"Tetapi kita juga tahu bahawa atas alasan politik, terutamanya dalam tempoh sedekad setengah lalu, kita melihat peningkatan ketara dalam emolumen, biasanya sebelum pilihan raya umum. Jadi akibat daripada ini adalah kita sebenarnya membesar-besarkan pengeluaran produktiviti dalam sektor awam.
"Dan ini, sudah tentunya bermasalah. Jadi kita ada banyak isu yang perlu ditangani selain daripada isu-isu lain," katanya.
Sesi pertama "Reviewing Structural Bottlenecks to sustaining Economic Resilience and Unleashing Competitiveness and Productivity for Inclusive Growth" menampilkan Pengerusi George Town Institute of Open and Advanced Studies Tan Sri Andrew Sheng; felo penyelidikan kanan dan ketua penyelidikan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) Dr Shankaran Nambiar dan Profesor Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya Dr Evelyn S Devadason
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Jomo juga menekankan tentang kepentingan bagi kerajaan untuk mengiktiraf kehadiran pekerja asing untuk memahami isu serius berkaitan sumbangan besar mereka dan implikasi ke atas ekonomi. - Astro AWANI/Shahir Omar
Ulang tahun TLDM dirai nada berbeza, jangan lupa mereka yang tiada
Warga TLDM diharapkan terus cekal, tabah demi rakyat dan tanah air, walaupun berhadapan pelbagai rintangan dan cabaran.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Piala Thomas: Jangan pandang mudah Malaysia - Antonsen
Walaupun Malaysia membariskan skuad perseorangan kurang 'menyengat', Anders Antonsen masih menjangkakan saingan sengit.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
Data buruh, produktiviti Malaysia agak mengelirukan - Ahli ekonomi
Penting bagi kerajaan mengiktiraf kehadiran pekerja asing untuk memahami isu serius berkaitan sumbangan besar mereka dan implikasi ke atas ekonomi.