awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Data pengangguran menunjukkan pemulihan - Jabatan Perangkaan

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2020
10:10 MYT
Data pengangguran menunjukkan pemulihan - Jabatan Perangkaan
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jun mendapati kadar pengangguran pada bulan berkenaan susut 0.4 peratus kepada 4.9 peratus kepada 5.3 peratus bulan sebelumnya. - Gambar fail
Kadar pengangguran negara menunjukkan pemulihan apabila jumlah penganggur semakin berkurangan berdasarkan statistik terbaharu pada Jun.
Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jun mendapati kadar pengangguran pada bulan berkenaan susut 0.4 peratus kepada 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus bulan sebelumnya.
Pemulihan berkenaan didorong pembukaan lebih banyak sektor ekonomi susulan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Pemulihan marginal kedudukan penawaran tenaga buruh pada bulan tersebut adalah berikutan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi termasuk aktiviti pendidikan, sosial dan keagamaan susulan PKPP," jelas Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sektor perkhidmatan meneruskan prestasi positif sejak Januari 2020 dengan antara lain menyaksikan peluang pekerjaan meningkat dalam aktiviti e-dagang, perkhidmatan penghantaran, informasi dan komunikasi.
Jumlah pekerja yang bekerja bawah 30 jam seminggu juga susut 35.5 peratus kepada 470,100 berbanding Mei pada 729,000.
Sementara itu, kadar pengangguran pada suku tahun kedua meningkat kepada 5.1 peratus berbanding 3.5 peratus pada suku pertama tahun 2020 berikutan lonjakan kadar pengangguran pada Mei 2020.
"Pada suku tahun ini, penggunaan tenaga buruh masih belum mencapai tahap optimum kerana perniagaan baharu sahaja memperoleh momentumnya.
"Susulan itu, penduduk bekerja turun sebanyak 2.4 peratus kepada 14.88 juta orang terutamanya dalam pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah.
"Dari segi taraf pekerjaan, semua kategori iaitu majikan, pekerja, bekerja sendiri dan pekerja keluarga tanpa gaji merekodkan penurunan berbanding suku tahun sebelumnya," kata Mohd Uzir lagi.
Topic Berkaitan
#DoSM
#ekonomi
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Kadar pengangguran menunjukkan pemulihan
#keluarga
#Ketua Perangkawan
#pendidikan
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan