MALAYSIA
Data portal DOSM GEOHUB kumpul statistik rasmi negara, terap elemen geospatial
Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin (tiga dari kanan) melancarkan portal data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Portal GEOHUB oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menghimpunkan statistik rasmi negara dalam satu platform pemetaan digital yang interaktif dan bersepadu.
Ringkasan AI
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata inisiatif ini merupakan langkah mendigitalisasikan perkhidmatan kerajaan, sekali gus menyokong perancangan pembangunan di peringkat nasional, negeri dan daerah menerusi akses data berasaskan lokasi khusus.
"DOSM GEOHUB bukan sekadar sebuah portal, tetapi satu platform pemetaan digital yang mengintegrasikan statistik dan geospatial selaras dengan saranan United Nations dalam The Global Statistical Geospatial Framework (GSGF).
"Ia menjadikan akses data lebih teratur, tepat serta mudah difahami. DOSM GEOHUB dilaksanakan sepenuhnya oleh kepakaran dalaman, satu manifestasi komitmen memperkasa rakyat dan negara melalui data.
"DOSM GEOHUB menjadi nadi integrasi antara statistik dan geospatial, membuka jalan kepada masa hadapan yang lebih mampan," jelas Mohd Uzir dalam majlis pelancaran pada Jumaat.
Melalui GEOHUB, pengguna dapat meneroka lebih 60 lapisan data, indikator dan pembolehubah yang memaparkan maklumat populasi, jantina, kumpulan umur, ekonomi serta unjuran penduduk di peringkat negara, negeri dan daerah.
Antara ciri lain termasuk akses kepada peta interaktif, aplikasi web, StoryMap serta papan pemuka (dashboard) yang menampilkan maklumat semasa Malaysia.
"DOSM GEOHUB memastikan data dikemas kini secara konsisten, dipercayai dan mudah diakses oleh agensi kerajaan serta masyarakat umum.
"Sekali gus pembuat dasar, penyelidik, pemain industri serta masyarakat umum dapat membuat keputusan yang lebih responsif terhadap perubahan semasa.
"Platform ini menandakan fasa transformasi baharu DOSM daripada data kepada pemetaan spatial dan daripada pemetaan kepada keputusan berasaskan bukti, ini pelaburan jangka panjang ke arah negara yang lebih berpengetahuan dan berdaya saing," kata Mohd Uzir.
Ringkasan AI
- Portal GEOHUB oleh DOSM menghimpunkan statistik rasmi negara dalam platform pemetaan digital interaktif.
- Inisiatif ini mendigitalisasikan perkhidmatan kerajaan untuk sokong perancangan pembangunan peringkat nasional, negeri, dan daerah.
- Pengguna dapat akses data populasi, ekonomi, unjuran penduduk, dan lebih 60 lapisan data melalui GEOHUB, membolehkan keputusan yang lebih responsif.