MELAKA: "Datanglah jenguk saya," demikian luahan bekas peninju kebangsaan era 1990-an, Nekmat Jantan, yang kini terpaksa berkerusi roda akibat penyakit saraf yang dialaminya sejak tahun lepas.
Pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 berusia 58 tahun itu berkata sekiranya ada pihak yang berkenaan menziarahinya, itu sudah cukup menggembirakannya.
"Saya bukan minta banyak, cukuplah sekadar menjengah dan bertanya khabar terutama daripada kerajaan negeri. Itu pun sudah menggembirakan kerana sekurang-kurangnya saya rasa sedikit dihargai," katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima bantuan sumbangan wakil peguam negeri Melaka di Rumah Pangsa Saujana Permai di sini pada Sabtu.
Bercerita lanjut, Nekmat berkata dia langsung tidak menduga akan terlantar dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda sepenuhnya untuk bergerak selepas mengalami penyakit saraf melibatkan pinggang hingga ke bahagian belakang badan dan tengkuk.
Nekmat, yang pernah beraksi di kejohanan tinju Piala Presiden di Indonesia pada 1990, berkata pada awalnya dia masih boleh bergerak menggunakan tongkat namun sejak dimasukkan ke Hospital Melaka pada April tahun lepas, dia mula terlantar dan tidak lagi bebas bergerak, selain memerlukan bantuan isteri untuk ke tandas.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 31 2021
Nekmat mengalami penyakit saraf melibatkan pinggang hingga ke bahagian belakang badan dan tengkuk. - Foto BERNAMA
Buletin AWANI Khas: Kuala Kubu Baharu memilih
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
"Datanglah jenguk saya", luah bekas peninju kebangsaan
"Datanglah jenguk saya," demikian luahan bekas peninju kebangsaan era 1990-an, Nekmat Jantan, yang kini terpaksa berkerusi roda akibat penyakit saraf yang dialaminya sejak tahun lepas.