awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dataran Merdeka dibanjiri peserta Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza

Khalis Khadir
Khalis Khadir
09/08/2025
10:47 MYT
Dataran Merdeka dibanjiri peserta Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza
Perarakan itu bermula jam 5.30 petang dari tiga lokasi utama sekitar pusat bandar di Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan kompleks beli-belah Sogo. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ribuan peserta Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza mula berkumpul di Dataran Merdeka pada Sabtu untuk menyatakan solidariti membantah kekejaman Zionis.
Perarakan itu bermula jam 5.30 petang dari tiga lokasi utama sekitar pusat bandar di Masjid Negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan kompleks beli-belah Sogo.
Kelihatan ramai peserta membawa sepanduk dan kain rentang memaparkan mesej ‘Bebaskan Palestin’ dan menggesa Israel dikenakan tindakan perundangan antarabangsa susulan genosid yang dilakukan di Gaza.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, kawalan keselamatan di sekitar Dataran Merdeka turut diperketat dengan kehadiran pihak polis dan puluhan anggota Unit Amal Pas yang memantau secara berterusan dari awal perarakan sehingga peserta tiba di lokasi utama.
Program anjuran Sekretariat Humanity 4 Gaza (H4G) yang akan berakhir jam 11 malam ini akan menampilkan persembahan kumpulan nasyid Far East, Rabbani, persembahan anak Palestin dan ucapan daripada beberapa tokoh masyarakat sivil.
Pengarah Himpunan H4G, Datuk Mohd Apandi Mohamad berkata, solat hajat juga akan didirikan secara berjemaah selepas solat Maghrib, diikuti beberapa pengisian mengecam tindakan Israel.
"Ucapan penutup akan disampaikan oleh tokoh daripada Kesatuan Ulama Palestin yang diterbangkan khas ke Malaysia, tayangan rakaman ucapan oleh Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Dr Ali Al-Qaradaghi, rabbi Yahudi dari New York, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza dan lain-lain," ujarnya.
Jelasnya, himpunan itu mengangkat tema kemanusiaan sebagai asas penyatuan semua pihak melangkaui agama, politik dan bangsa bagi menyokong usaha mendaulatkan tanah Palestin.
Topic Berkaitan
#Dataran Merdeka
#Gaza
#Malaysia
#Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan