Dataran Merdeka tutup 10 bulan

Afiq Ariffin
Oktober 16, 2018 09:43 MYT
Penutupan sementara padang Dataran Merdeka oleh DBKL adalah kerana memberi laluan kerja-kerja pembangunan projek sungai yang dikenali sebagai River of Life yang kini berada di fasa satu. - fotoBERNAMA
Dataran Merdeka akan ditutup kepada orang awam mulai 24 Oktober 2018 hingga 2 Ogos 2019.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata penutupan berkenaan dibuat bagi memberi laluan kerja-kerja pembangunan projek 'River of Life' yang kini berada pada fasa pertama, kata Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad dalam kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, orang awam yang melewati kawasan ini adalah dinasihatkan untuk berhati-hati serta menjaga keselamatan sepanjang kerja-kerja tersebut sedang dilaksanakan.
#Dataran Merdeka #DBKL #Dewan Bandaraya Kuala Lumpur #keselamatan #Khairul Azmir Ahmad #Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL #tutup sementara