Datasonic Group sumbang RM1 juta kepada Tabung Harapan

Rahimah Abdullah
Julai 5, 2018 07:03 MYT
Muhyiddin menerima sumbangan yang disampaikan Mohamed Hashim pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Syawal di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya hari ini. Astro AWANI / RAHIMAH ABDULLAH
Kumpulan Datasonic Berhad hari ini menyumbangkan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan).
Sumbangan disampaikan Pengerusinya Tan Sri Mohamed Hashim Mohd Ali kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di Ibu Pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Setakat jam 3 petang semalam, kutipan Tabung Harapan telah mencecah lebih RM133 juta selepas hampir sebulan dilancarkan.
Penubuhan tabung itu membolehkan kementerian berkenaan menguruskan sumbangan ikhlas rakyat dengan cara yang lebih sistematik dan telus.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata sumbangan derma yang disalurkan kepada Tabung Harapan akan hanya digunakan untuk membayar hutang kerajaan.
#Datasonic #Mohamed Hashim Mohd Ali #Muhyiddin Yassin #sumbangan #Tabung Harapan