awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Amran Mohamed Zin dilantik KSU Kementerian Luar baharu

Bernama
Bernama
09/06/2022
03:19 MYT
Datuk Amran Mohamed Zin dilantik KSU Kementerian Luar baharu
Mohd Zuki (kiri) berkata pelantikan Amran (kanan) adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam bidang hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar. - Foto Kementerian Luar
PUTRAJAYA: Datuk Amran Mohamed Zin dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar berkuat kuasa hari ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Amran yang sebelum ini Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar menggantikan Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 31 Mei lepas.
Mohd Zuki berkata pelantikan Amran, 55, adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas beliau dalam bidang hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri menerusi karier perkhidmatannya.
"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu merealisasikan misi kementerian dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar luar negara serta memajukan dan melindungi kepentingan Malaysia melalui diplomasi yang dinamik dan proaktif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Amran yang telah berkhidmat lebih 27 tahun dalam perkhidmatan awam, pernah berkhidmat sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Switzerland dan Duta Besar ke Turki.
Sementara itu, Mohd Zuki turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Muhammad Shahrul atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara sepanjang tempoh perkhidmatannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KSU Kementerian Luar
#Amran Mohamed Zin
#Mohd Zuki Ali
#Muhammad Shahrul Ikram Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan