awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah

Faida Rahim
Faida Rahim
03/02/2026
07:30 MYT
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Hannah menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan SPRM pada Selasa. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur supaya segera mempertingkat serta memperkemas prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menutup sebarang ruang ketidakjelasan yang boleh membuka peluang rasuah.
Beliau berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan semakan terhadap banyak SOP sedia ada di DBKL selepas memasuki agensi itu minggu lepas dan menandatangani kerjasama bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur.
“Saya berterima kasih kerana SPRM telah masuk minggu lepas dan menandatangani kerjasama bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur. Mereka telah membuat semakan terhadap banyak SOP sedia ada di DBKL dan mendapati terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.
Menurut beliau, SOP yang tidak jelas serta kewujudan ‘grey area’ berpotensi membuka ruang kepada salah laku rasuah, termasuk dalam urusan permohonan lesen dan tindakan penguatkuasaan.
“Oleh sebab itu, apabila sudah ada cadangan penambahbaikan, saranan itu tepat dan bukan lagi ‘grey area’. Kita akan melaksanakannya dengan cepat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata Datuk Bandar Kuala Lumpur telah diminta untuk menyegerakan pelaksanaan penambahbaikan berkenaan supaya rakyat memahami dengan jelas proses permohonan lesen perniagaan serta tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh DBKL.
“Saya mahu rakyat tahu ini adalah proses permohonan lesen dan ini adalah tindakan penguatkuasaan. Semuanya ‘black and white’, semuanya jelas,” katanya.
Beliau berkata pada sidang media di Menara Seri Wilayah sempena Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan SPRM pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau berkata, JWP akan memperkukuh tadbir urus dan tatakelola melalui empat langkah utama, termasuk pelaksanaan pusingan kerja (job rotation) yang lebih kerap, khususnya membabitkan pegawai lapangan dan jawatan sensitif bagi mengurangkan risiko ancaman keakraban (familiarity threat).
“Selain itu, tatacara pengurusan perolehan akan ditambah baik melalui pelaksanaan proses sebut harga dan tender secara sepenuhnya dalam talian (end-to-end) bagi meningkatkan ketelusan dan kecekapan proses perolehan.
“Ketiga, penggunaan kamera badan (body-worn camera) oleh anggota penguat kuasa akan dilaksanakan secara berfasa bermula suku keempat 2026 bagi memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) semasa operasi penguatkuasaan, selain menjadi bukti visual dan audio sekiranya berlaku pertikaian atau tuduhan salah laku sama ada oleh atau terhadap anggota penguat kuasa.
“Langkah seterusnya membabitkan penilaian semula penarafan risiko Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) supaya pegawai SPRM boleh dipertimbangkan untuk ditempatkan di Unit Integriti pejabat berkenaan,” katanya.
Media hari ini melaporkan pengurusan dan pemantauan pelbagai kontrak oleh DBKL termasuk penganugerahan lesen perniagaan dilihat lemah dan 'mundur', tidak setanding dengan pelbagai pembangunan serta pengiktirafan yang diterima bandar raya ini.
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#DBKL
#anggota penguat kuasa
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan