Datuk Bandar London alami detik cemas dalam pesawat MAS

Astro Awani
Disember 4, 2014 08:15 MYT
Anak-anak kapal MAS berjaya menghalang penumpang yang berada di dalam keadaan mabuk. Gambar: Twitter/Eileen Burbidge
Datuk Bandar London Boris Johnson berdepan detik cemas di udara apabila bersemuka dengan seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam pesawat.
Johnson menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH2 dari Kuala Lumpur ke London selepas berakhirnya lawatan rasmi beliau ke Asia Tenggara.
Lapor The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan ‘hilang akal’ sebelum dia dihalang oleh anak-anak kapal.
“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan krew kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.
GALERI GAMBAR: Apa yang Datuk Bandar London buat di Asia Tenggara?
Nama penumpang berkenaan tidak didedahkan, namun dilaporkan berusia 43 tahun dari Britain.
Penumpang berkenaan dipercayai dalam keadaan mabuk dan ditangkap ketika pesawat mendarat di lapangan terbang Heathrow.
Akhbar itu turut melaporkan bahawa penumpang itu ditahan di sebuah balai polis di London.
Sementara itu, duta teknikal Eileen Burbidge memuat naik gambar situasi berkenaan dan memuji kru MAS yang bertindak dengan pantas.

so impressed w/MH2 cabin crew (Kuala Lumpur-LHR); amazing professionalism/handling of passenger who was off his head pic.twitter.com/IFmUqKsDkD

— Eileen Burbidge (@eileentso) December 3, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

.@TonyW yes I was (took that photo myself); that was simply when they were changing his restraints (there was a head butt incident earlier)

— Eileen Burbidge (@eileentso) December 3, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Johnson berada di Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta untuk lawatan rasmi ke Asia Tenggara.
#Boris Johnson #Malaysia Airlines #MAS