KUALA LUMPUR:Hasrat seorang ahli perniagaan wanita warga Vietnam bergelar Datuk untuk mendirikan rumah tangga tercapai selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara kerana memberi rasuah kepada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), tiga tahun lepas.
Datuk Maimunah atau nama sebenarnya Tran Thi Mai, 44, dipenjara tiga tahun dan didenda RM1.75 juta atau penjara 18 bulan jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 26 Sept tahun lepas, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memberi rasuah RM350,000 kepada pegawai APMM.
Tran kini menjalani hukuman penjara itu di Penjara Kajang, selepas Mahkamah Sesyen tidak membenarkan permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas dirinya.
Pada prosiding hari ini, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan wanita itu untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tersebut selesai diputuskan, bagaimanapun memerintahkan wanita itu membayar denda RM1.75 juta itu.
Tran (pemohon) tidak hadir pada prosiding hari ini kerana menjalani kuarantin COVID-19 di penjara Kajang. Bagaimanapun bakal suaminya, hadir di mahkamah.
Hakim juga membenarkan pemohon dilepas dengan jaminan RM400,000 dengan dua penjamin warga tempatan serta mengenakan syarat tambahan iaitu pemohon (Tran) perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali.
"Saya telah menimbangkan hujahan pemohon, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan kes-kes yang dirujuk. Saya benarkan permohonan kerana terdapat keadaan istimewa dalam permohonan. Pemohon dikehendaki bayar denda bagi kedua-dua pertuduhan kerana penangguhan hanya dibenarkan untuk hukuman penjara," kata Hakim Muhammad Jamil.
Terdahulu, peguam G.K.Sritharan yang mewakili Tran dalam hujahannya berkata anak guamnya yang tidak mempunyai rekod lampau, telah menetap di Malaysia lebih 10 tahun dan telah memeluk agama Islam serta akan berkahwin.
"Pemohon sentiasa hadir pada setiap prosiding, mustahil untuk beliau melarikan diri. Beliau mahu bersama anaknya yang kini berada di bawah jagaan bakal suaminya.
"Beliau juga berasal dari keluarga yang berada di Vietnam jadi mereka boleh membayar wang tersebut (jaminan). Buktinya, jaminan sebelum ini (RM250,000) pun dibayar di Mahkamah Sesyen dan kemungkinan untuk pemohon lari balik ke Vietnam memang tidak berasas. Mohon jaminan dalam RM300,000 dan mahkamah boleh mengenakan syarat-syarat tambahan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa membantah permohonan penangguhan hukuman kerana menurut beliau isu-isu kepentingan peribadi bukan alasan istimewa untuk mahkamah menangguhkan hukuman.
"Seorang anaknya bersama bekas suami, dan seorang lagi di bawah jagaan bakal suami. Tidak ada kepentingan untuk pemohon mahukan anaknya kerana telah dijaga oleh pihak-pihak lain.
"Selain itu, pemohon sering kali ke Vietnam dan ini menunjukkan dia mempunyai kepentingan di sana. Wujud juga laluan-laluan tikus yang boleh digunakan pemohon bagi meloloskan diri," katanya.
Nor Diana berkata kesanggupan pemohon membuat aku janji bukanlah satu justifikasi jika tiada alasan yang kukuh untuk menangguhkan hukuman.
Tertuduh didakwa memberi rasuah wang berjumlah RM300,000 kepada Muhammad Sani Abdullah, 31, bagi pihak Amran Daud, 55, yang merupakan Pengarah Maritim Daerah Sedili, Johor, sebagai dorongan melepaskan tiga buah bot nelayan Vietnam yang ditahan APMM Tanjung Sedili, Kota Tinggi, yang disyaki melakukan kesalahan menceroboh perairan Malaysia untuk menangkap hasil laut.
Wanita itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Hot Gossip Cafe, Hotel Park Royal, Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 6.30 petang dan 7.30 malam, 2 Mei 2017 mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Tran melakukan perbuatan sama berjumlah RM50,000, bagi melepaskan sebuah bot nelayan Vietnam dan kesalahan dilakukan di Restoran Starbucks, Pearl Point Shopping Mall di sini, pada 4 petang, 12 Mei 2017 mengikut seksyen serupa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 09 2020

Datuk Maimunah (kiri) atau nama sebenarnya Tran Thi Mai sebelum ini dihukum penjara tiga tahun dan didenda RM1.75 juta kerana kesalahan rasuah. - Gambar fail/BERNAMA

COVID-19: 203 positif di Sarawak, kes tertinggi setakat ini
dengan 203 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini, kes keseluruhan di negeri itu kini berjumlah 2,570 kes.

Minyak masak 1 kilogram dihadkan tiga unit setiap pelanggan - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenakan peraturan itu berkuatkuasa 19 Januari lalu.

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.

Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco
Hospital yang terlibat adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Pemimpin senior perlu berhenti politiking - Srikandi Muda
Pemimpin senior dalam politik perlu segera berhenti politiking dan segera membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Cuepacs cadang wujud pasukan pemantau bebas KKM kaji masalah kemudahan kesihatan
Cuepacs mencadangkan KKM menubuhkan pasukan pemantau bebas di setiap negeri bagi menilai dan mengkaji setiap permasalahan yang berlaku di fasiliti atau kemudahan kesihatan dengan segera.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sidang media atas talian Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ikuti sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diadakan secara atas talian.

Exynos 2100 bersama integrasi premium 5G, perisian tercanggih Samsung!
Peneraju teknologi semikonduktor termaju dunia, Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung) mengumumkan perisian telefon terbaharu dibangunkan syarikat, Exynos 2100 kepada pasaran baru-baru ini.

Datuk Maimunah boleh berkahwin setelah mahkamah tangguh hukuman penjara
Datuk Maimunah atau nama sebenarnya Tran Thi Mai sebelum ini dihukum penjara tiga tahun dan didenda RM1.75 juta.