Jolokan "anak mak" itu yang diberikan kebanyakkan warga media sosial kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Beliau mendapat perhatian sejak hari penamaan calon sehinggalah diangkat memimpin Kedah sebagai Menteri Besar.

Sebuah video yang dikongsikan saluran Election Watch Asia antara yang paling mendapat perhatian warga media sosial.


Beberapa perkara dianggap signifikan sempena perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

Perkara ini dikongsi sendiri ibu Mukhriz, Tun Dr Siti Hasmah.

Bagi Tun Dr Siti Hasmah, salah satu yang paling signifikan ialah perkaitan dengan hari kelahiran Mukhriz.

Tambah beliau, Mukhriz dilahirkan pada hari sama bapanya Tun Dr Mahathir yang terpaksa ke Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang Parlimen pertama pada 1964.

Ketika itu, Tun Dr Mahathir berada dalam dilema memandangkan sidang pertama Parlimen tersebut terlalu hampir dengan tempoh matang kandungan Tun Dr Siti Hasmah.

Anak kelima pasangan paling berpengaruh di Malaysia ini dilahirkan tanpa kehadiran Tun Dr Mahathir sekaligus memberi tanda kepada ciri kepimpinan yang diwarisi Mukhriz.

Mungkin sebab itulah sepanjang proses pilihanraya berlangsung, gambar Tun Dr Siti Hasmah bersama Datuk Mukhriz menjadi perhatian ramai sehingga mendapat jolokan "anak mak".