awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan miliki heroin, syabu bernilai lebih RM1,300
Trump mahu Greenland: Eropah beri amaran keras
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas dengan jaminan polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/06/2024
04:50 MYT
Datuk, nenek Zayn Rayyan bebas dengan jaminan polis
Shahrulnizam Jaafar berkata, datuk dan nenek mangsa ditahan untuk diambil keterangan dan dibebaskan hari ini. - Foto IPD Petaling Jaya
PETALING JAYA: Datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Rabu.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Beliau memberitahu, mereka hanya ditahan untuk tempoh 24 jam untuk membantu siasatan.
"Pembebasan dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan bukannya di mahkamah,” katanya.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan datuk dan nenek kanak-kanak autistik itu ditahan pada 2.30pagi di Subang Bistari, Shah Alam.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan, 6, ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Topic Berkaitan
#Zayn Rayyan
#datuk dan nenek
#bebas dengan jaminan polis
#Ketua Polis Daerah Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan