Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Bendahari Kehormat UMNO yang baharu.
Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini.
"Mesyuarat UMNO hari ini dimulakan dengan majlis mengangkat sumpah Bendahari UMNO baharu. Tahniah Datuk Seri Salleh. Saya ucap terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Husni yang telah menjalankan tugas sebagai Bendahari dengan baik sekali dan penuh integriti.”
Datuk Seri Salleh menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya.
Sementara itu, Datuk Seri Salleh berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan.
"Saya adalah seorang pemimpin yang bekerja sebagai satu pasukan dan apapun yang saya lakukan berdasarkan garis panduan yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi dan Presiden," katanya.
Jun lepas, Datuk Seri Najib ketika mengumumkan rombakan Kabinet memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.
Astro Awani
Fri Jul 29 2016
Datuk Seri Salleh menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
78 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan persaraan minimum - Husni
Kerajaan perlu mengambil langkah untuk membantu, khususnya golongan ini, bagi membolehkan mereka menampung kehidupan selepas bersara.
Najib perlu gantung tugas Lembaga Pengarah 1MDB - Khairuddin
Satu siasatan dan audit forensik bebas secara menyeluruh perlu dilakukan ke atas akaun 1MDB perlu dilaksanakan secara bebas tanpa sebarang bentuk pengaruh dari mana mana pihak.
Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB - Khairuddin
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah disifatkan masih tidak faham persoalan rakyat terhadap urus tadbir 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa amat tidak telus.
1MDB beroperasi seiring matlamatnya - Ahmad Husni
1Malaysia Development Bhd (1MDB) beroperasi seiring dengan matlamatnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
GST kurangkan pergantungan kepada cukai langsung - Ahmad Husni
Kerajaan boleh mengurangkan pergantungan kepada cukai langsung dan memudahkan sistem cukai dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).