Jiwa, semangat dan makna kemerdekaan boleh diluahkan, dizahirkan dalam pelbagai versi dan antara yang paling sinonim pastinya penciptaan karya seperti lagu-lagu berunsur patriotik.
Di Malaysia, Datuk Wah Idris merupakan salah seorang komposer yang banyak menghasilkan karya sebegitu kerana ia merupakan cara untuknya menzahirkan rasa cinta kepada negara.
Puluhan tahun berkecimpung dalam dunia muzik, jatuh, bangun, jatuh sekali lagi dan bangkit semula merupakan asam garam kehidupannya bergelar anak seni.
Namun, beliau terus percaya dengan kebolehan, bakat dikurniakan Tuhan kepadanya dan karyanya yang paling membanggakan, sudah tentulah sebuah lagu ikonik, evergreen sepanjang zaman, Standing In The Eyes Of The World.
“Saya dah berkecimpung dalam industri ini dah lama. Saya pernah jatuh, jatuh, jatuh tapi saya bangkit semula. Makanya kita mesti tabah, kita mesti ada semangat, kita mesti ada percaya pada diri, saya rasa itu mustahak.
“Dari segi kita yakin dengan minda kita,apa kita nak buat sebab industri muzik bukan semudah itu tapi dengan keyakinan, yang kita ada, keyakinan yang kita boleh buat sesuatu perkara itu dengan terbaik, itulah cara dia,” katanya kepada Astro AWANI.
Berevolusi seiring masa, lagu patriotik tidak semestinya berentak ‘march’ namun kini boleh dihasilkan dalam pelbagai genre, mengikut selera terkini.
Pokoknya, lagu dihasilkan haruslah mampu membangkitkan jiwa patriotik dalam diri pendengarnya dan baginya, kekuatan utama bagi lagu patriotik adalah seni kata atau liriknya.
Melodi bersesuaian pula melengkapkan lagi aura lagu berkenaan.
“Seni kata dalam lagu-lagu ini adalah mustahak. Bila kita dengar semangat mari kita bersama, anda dah tahu. Cara bernyanyi pun dah bunyi patriotik dan liriknya juga sangat membawa kerakyatan dan sebagainya, jadi kita jangan tersilap.
“Lagu patriotik memang seni katanya memang betul-betul semangat patriotisme. Lagu yang biasa itu, lagu cinta, lagu kisah lain dan kita boleh tahu dari segi ideologinya, bagaimana penciptaan lagu itu dicipta,” jelasnya.
Baginya, dalam usaha menyemarakkan semangat cintakan negara melalui lagu patriotik, stesen radio dan penyiaran juga harus memainkan peranan dengan menyiarkan karya itu dengan lebih kerap.
Menurut beliau, lagu ‘tak sedap’ yang didengar berulang kali akan menjadi sedap pada akhirnya dan lagu ‘sedap’ sudah pasti akan menjadi lebih hebat penerimaannya.
“Dalam satu program sejam, ada sekali atau dua kali pun tidak mengapa, janji kerap, ada. Jadi pencipta-pencipta muda pun terasa, sekarang lagu patriotik dah jadi popular. Itu yang kita hendak.
“Semangat dengan cara itu yang saya nak lihat dari segi apa kerajaan boleh mainkan peranan mereka untuk hidupkan ramai lagi pencipta tanah air bukan saja untuk mencipta lagu rock, rap dan pelbagai tapi di dunia pop patriotik,” katanya.
Wah juga mencadangkan agar kerajaan mewajibkan stesen radio memutarkan lagu patriotik dengan kerap agar pencipta muda berasa yakin dan mula menghasilkan lebih banyak karya berunsurkan patriotik.
Ridauddin Daud
Sun Aug 16 2020
Puluhan tahun berkecimpung dalam dunia muzik, jatuh, bangun, jatuh sekali lagi dan bangkit semula merupakan asam garam kehidupannya bergelar anak seni.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.