awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL akan tarik balik lesen perniagaan yang disalah guna - PM Anwar

Bernama
Bernama
15/06/2023
04:29 MYT
DBKL akan tarik balik lesen perniagaan yang disalah guna - PM Anwar
Anwar melambaikan tangan kepada pengunjung pasar pada Majlis Temu Mesra Perdana Menteri di Pusat Penjaja MADANI Jalan Tuanku Abdul Rahman Lestari Niaga@Kuala Lumpur di Chow Kit hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain, termasuk warga asing.
Beliau berkata pihaknya bersama DBKL sedang merangka kaedah bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi, dalam memastikan ia memberi manfaat kepada peniaga tempatan.
"Saya punya rencana dengan Datuk Bandar (Kuala Lumpur) dan Pengarah (Pengurusan Tertinggi DBKL), untuk cari jalan (bagi memastikan penjaja) ikut peraturan dan lesen diberikan kepada penduduk tempatan.
"Kalau dia (penjaja) serah kepada yang lain, kita akan tarik balik (lesen)," katanya kepada pemberita selepas sesi Temu Mesra Perdana Menteri di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini.
Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.
Sementara itu, Perdana Menteri turut mengulangi iltizam untuk menaik taraf fasiliti dan imej ibu kota termasuk gerai penjaja, demi keselesaan rakyat.
"Ada beberapa kawasan pembersihan air, (saliran) parit, dan bumbung, yang akan kita perbaiki segera pada tahun ini juga," katanya.
Sebelum ini Anwar berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) terutamanya di kawasan bandar, perlu menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa kepada penjaja dan peniaga kecil, agar mereka dapat menjalankan perniagaan dengan suasana kondusif.
Beliau berkata kemudahan itu perlu disediakan, memandangkan kumpulan berkenaan juga turut menjadi penyumbang kepada ekonomi negara, menerusi perniagaan yang dijalankan.
Terdahulu Anwar meluangkan masa kira-kira 40 minit meninjau, beramah mesra dan bersarapan, bersama penjaja di Pusat Penjaja Madani di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang telah dinaik taraf menerusi inisiatif Lestari Niaga @ Kuala Lumpur.
Inisiatif tersebut bertujuan menaik taraf fasiliti gerai peniaga kecil dan penjaja sedia ada di Wilayah Persekutuan, kepada yang lebih kondusif dan selesa.
Pusat penjaja yang dahulunya dikenali dengan nama Pusat Penjaja Jalan Tuanku Abdul Rahman itu dibina pada 1974 dan mempunyai 20 unit gerai, telah dinaik taraf bermula Mac dan siap pada April 2023.
Antara kerja naik taraf dilaksanakan ialah pertukaran dan penambahbaikan bumbung, pendawaian semula, penggantian semula kipas dan lampu, serta penggantian paip pecah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#Anwar Ibrahim
#tarik balik lesen perniagaan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan