awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL disaran wujud sistem amaran awal bencana - Annuar

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
11/09/2020
04:28 MYT
DBKL disaran wujud sistem amaran awal bencana - Annuar
Annuar berkata, perkara itu perlu bagi memastikan semua pihak bertindak lebih awal jika berlakunya sebarang kejadian bencana. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disarankan untuk mewujudkan sistem amaran awal bagi mengatasi masalah bencana alam terutamanya banjir kilat di kebanyakan kawasan di ibu negara.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu perlu bagi memastikan semua pihak bertindak lebih awal jika berlakunya sebarang kejadian bencana.
"Banjir kilat, walaupun namanya kilat yang bererti cepat atau mendadak, saya percaya sains dan teknologi boleh meramal kemungkinan berlaku banjir.
"Justeru, saya mahu DBKL membentuk satu Early Warning System seperti mana yang digunakan di Jepun apabila diramal (ada) gempa bumi, tsunami dan lain lain," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya di sini pada Jumaat.
Banjir Kilat..walaupun namanya "kilat"yg bererti cepat/mendadak,saya percaya sains dan teknologi boleh meramal kemungkinan berlaku banjir.JUSTERU SAYA MAHU DBKL MEMBENTUK SATU "EARLY WARNING SYSTEM"spt mana digunakan di Jepun bila mana di ramal gempabumi,tsunami DLL..
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 11, 2020
Lembah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat selama dua jam pada sebelah petang, Khamis.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi terdapat lima kawasan utama dinaiki air antara 1 dan 1.5 meter.
Topic Berkaitan
#air
#Annuar Musa
#banjir
#banjir kilat
#DBKL
#gempa bumi
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Jepun
#Kuala Lumpur
#Sains
#Tan Sri Annuar Musa
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan