MALAYSIA
DBKL jawab gesaan Khairy: Projek 60 tingkat Bukit Damansara masih diteliti
DBKL menegaskan, sebarang keputusan berhubung cadangan pembinaan bangunan 60 tingkat di Bukit Damansara hanya akan dibuat selepas kajian teknikal dijalankan serta sesi libat urus bersama penduduk dan pemegang taruh dilakukan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan sebarang keputusan berhubung cadangan pembinaan bangunan 60 tingkat di Bukit Damansara hanya akan dibuat selepas kajian teknikal dijalankan serta sesi libat urus bersama penduduk dan pemegang taruh dilaksanakan.
Dalam kenyataan pada Ahad, DBKL memaklumkan, pihaknya masih meneliti permohonan berkenaan dan belum membuat sebarang keputusan muktamad.
“DBKL ingin menegaskan bahawa setiap keputusan berkaitan pembangunan bandar sentiasa berpaksikan kepada dasar sedia ada dan pelan pembangunan yang diwartakan.
“DBKL juga komited memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dilakukan secara teratur, mampan serta tidak menjejaskan kesejahteraan penduduk setempat,” kata kenyataan itu.
Penjelasan DBKL hadir susulan kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang meminta pihak berkuasa meneliti kesan terhadap penduduk sekitar sebelum meluluskan sebarang projek pembangunan mega di kawasan tersebut.
Menurut DBKL, pihaknya menerima permohonan cadangan pelan susun atur pembangunan perdagangan di atas tiga lot tanah berkeluasan 7.98 ekar.
Katanya, Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) yang diwartakan pada 28 Mei lalu menetapkan syarat-syarat yang mesti dipatuhi termasuk pelawaan pandangan awam mengikut Kaedah 3.
“Cadangan pemajuan masih tertakluk kepada syarat teknikal seperti Penilaian Impak Trafik (TIA), kajian geoteknik, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA), Penilaian Impak Sosial (SIA) serta lain-lain aspek teknikal berkaitan.
“Selain itu, pematuhan terhadap syarat yang dikemukakan agensi teknikal lain seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan agensi berkaitan lain juga diperlukan,” jelas DBKL.