awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL keluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa

Bernama
Bernama
01/05/2019
21:30 MYT
DBKL keluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa
Menurut Khalid, bancian terkini DBKL melibatkan penjaja gerak tepi jalan menunjukkan terdapat 12,786 penjaja statik aktif berniaga di sekitar ibu kota, 10,246 daripadanya mempunyai lesen dan 2,540 lagi tidak berlesen. Astro AWANI
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan 250 lesen penjaja terhad bermasa kepada peniaga tepi jalan yang layak di sekitar ibu kota.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata lesen itu mula dikeluarkan sejak 15 April lalu khusus untuk penjaja makanan dan minuman secara dibungkus (take away) sahaja.
"Tujuan lesen penjaja bermasa ini diwujudkan ialah bagi membolehkan DBKL membuat pemantauan di kawasan setempat dan memberi peluang kepada program pemutihan lesen penjaja dilaksana dengan sistematik," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
DBKL, katanya, menerima lebih 500 permohonan untuk lesen berkenaan setakat ini.
Menurutnya lagi, bancian terkini DBKL melibatkan penjaja gerak tepi jalan menunjukkan terdapat 12,786 penjaja statik aktif berniaga di sekitar ibu kota, 10,246 daripadanya mempunyai lesen dan 2,540 lagi tidak berlesen.
Mengulas isu pembangunan Taman Rimba Kiara, beliau berkata penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) diminta mengemukakan kertas cadangan berhubung pelan pembangunan kawasan itu dan mempunyai tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.
"Kertas cadangan itu akan diserahkan bersama dengan pelan pembangunan yang dicadangkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), DBKL dan pihak pemaju untuk kelulusan kabinet selewat-lewatnya akhir bulan Mei atau awal Jun," katanya.
Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pemaju projek di Taman Rimba Kiara bersetuju mengurangkan saiz dan jumlah blok pangsapuri dengan keluasan projek itu dikecilkan daripada 4.9 hektar kepada 3.2 hektar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bancian
#bungkus
#DBKL
#kertas cadangan
#Kuala Lumpur
#lesen penjaja
#lesen terhad
#pelan pembangunan
#pemaju projek
#peniaga
#peniaga tepi jalan
#penjaja gerak
#penjaja makanan
#program pemutihan
#take away
#Taman Rimba Kiara
#TTDI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan