KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan dua laluan kontra di Jalan Ampang dan Jalan Maharajalela di sini, mulai Julai ini.
Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL Datuk Sulaiman Mohamed berkata bagi Jalan Ampang, ia membabitkan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak.
"Laluan kontra di kawasan ini bertujuan menyediakan satu laluan khas bas pada waktu puncak dari 6 hingga 9 pagi bagi membantu pergerakan bas agar lebih efisien dan menepati waktu ketibaan di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Sebagai laluan alternatif terdapat pusingan-U dari arah pusat bandar ke Ampang di persimpangan Jalan Jelatek dan di bawah jejambat persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Bagi arah Ampang menuju ke pusat bandar pusingan-U di persimpangan Jalan Jelatek dan persimpangan Jalan Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jalan Maharajalela pula melibatkan penambahan jarak bukaan laluan kontra sedia ada di jalan berkenaan hingga Jalan Cheras (waktu puncak petang).
"Sebelum ini, laluan kontra di kawasan Jalan Maharajalela menuju ke Jalan Cheras bermula di laluan masuk Jalan Cheras. Kini, laluan masuk bagi kawasan ini bermula di Jalan Maharajalela (berdekatan Sekolah Menengan Tsun Jin).
Penambahan jarak laluan kontra ini membolehkan kenderaan masuk ke laluan kontra lebih awal dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan di sekitar Jalan Cheras," katanya.
Sulaiman berkata dengan pelaksanaan awalan dua laluan kontra itu, ia diharap dapat mengurangkan kesesakan di kawasan berkaitan.
"Tambahan lagi, ia juga memberi keutamaan laluan kepada kenderaan pengangkutan awam sekali gus dapat meningkatkan tahap kebolehpercayaan pengguna jalan raya terhadap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan di ibu kota," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 23 2023
Bagi Jalan Ampang, laluan kontra membabitkan dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak. - Foto fail/BERNAMA
AS mahu cegah kebangkitan Daesh di Syria
Washington akan mengekalkan kehadirannya di timur Syria dan mengambil langkah yang perlu untuk mencegah kebangkitan semula Daesh, kata Timbalan Penolong Setiausaha Pertahanan untuk Asia Barat, Daniel Shapiro
PBB seru rakyat Syria tentukan masa depan mereka
PBB menegaskan rakyat Syria perlu mencipta masa depan inklusif dan menghormati hak minoriti, sambil meminta kesabaran pelarian sebelum pulang ke tanah air selepas 13 tahun konflik.
Bekas PM Syria setuju serah kuasa secara aman kepada pimpinan baharu
Persetujuan itu dicapai semasa pertemuan antara kumpulan pembebasan Syria, Hayat Tahrir al-Sham dengan Perdana Menteri di era pentadbiran rejim Bashaar al-Assad.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Menteri Kebudayaan Korea Selatan jamin keselamatan pelancong
Menteri Kebudayaan Korea Selatan berikrar pada Isnin untuk memastikan keselamatan pelancong di tengah-tengah kebimbangan berhubung kemelut politik.
Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Pemerintah Indonesia komited jadikan Bali nadi pelancongan negara
UNWTO mengiktiraf kawasan pelancongan berkenaan sebagai antara yang terbaik di dunia bagi tahun ini.
AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.