KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik perunding bagi mengkaji dan mereka bentuk semula parit monsun serta longkang untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur itu bagi menampung jumlah air hujan, seterusnya mengatasi masalah banjir kilat.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata perunding yang dilantik diarah menyiapkan kajian itu dalam tempoh 12 bulan berdasarkan kala purata ulangan (ARI) 200 (reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun ARI kepada 200 tahun ARI) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
"Ini penyelesaian secara menyeluruh bagi mengatasi banjir dengan menggunakan ARI 200 sebagai asas mereka bentuk semula keupayaan sungai dan longkang termasuk longkang tepi jalan raya di Kuala Lumpur," katanya ketika menggulung perbahasan usul mengenai banjir kilat di Kuala Lumpur pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Shahidan turut menjelaskan banjir kilat di Kuala Lumpur pada 7 Mac lepas, bukan berpunca daripada kegagalan fungsi enam kolam takungan banjir JPS di wilayah itu, sebaliknya kolam itu berfungsi dengan kapasiti mencukupi bagi menampung air hujan selain beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Enam kolam berkenaan ialah Kolam Batu di Batu; Kolam Nanyang (Jinjang); Kolam Batu 4 1/2 (Jalan Klang Lama); Kolam Delima (Kepong); Kolam Taman Wahyu (Selayang); dan Kolam Taman Desa (Seputeh).
BACA: Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat
Bagaimanapun katanya, Kolam Takungan Banjir Boyan di Sungai Bunus, Titiwangsa tidak dapat menampung jumlah air hujan yang luar biasa melebihi kapasiti kolam terbabit dan berlaku limpahan air ke kawasan sekitar.
"JPS sedang melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan PULAPOL (Pusat Latihan Polis) Jalan Semarak selain membina tembok penahan banjir bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata ketika hujan lebat pada Isnin, Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) diaktifkan dan proses lencongan air banjir berlangsung selama hampir enam jam dengan keseluruhan sebanyak 1.15 juta meter padu air dilencongkan.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun meluluskan usul yang dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) dan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai), mengenai bencana banjir kilat yang melanda Lembah Klang untuk dibahaskan Ahli Dewan Rakyat hari ini.
Empat Ahli Parlimen pembangkang mengambil bahagian pada sesi perbahasan usul itu iaitu Fong; Ahmad Fahmi; Lim Lip Eng (PH-Kepong) dan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang rata-rata membangkitkan mengenai langkah serta mekanisme kontingensi bencana banjir kilat, bantuan yang disalurkan kepada mangsa banjir dan soal sistem amaran awal banjir.
Ahmad Fahmi mencadangkan agar kerajaan menambah baik sistem maklumat bantuan banjir melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi pemakluman kepada penerima bantuan termasuk inidividu yang tidak layak atau tidak memenuhi kriteria menerima bantuan.
Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas khas) Datuk Mastura Mohd Yazid berkata kerajaan sedang meneliti semula mekanisme pengurusan bencana negara termasuk meminda takrifan banjir kilat sebagai kejadian bersifat bencana dalam Arahan Majlis Keselamatan Negara.
Beliau berkata cadangan penstrukturan semula taktifan dan penilaian terhadap hal-hal berkaitan banjir kilat wajar dilakukan kerana kejadian itu juga adalah musibah yang dihadapi rakyat, sekali gus memudahkan lagi penyaluran bantuan kepada mangsa.
"Walaupun banjir kilat belum ditarifkan sebagai bencana (tapi) sekiranya disyorkan Jawatankuasa Bencana Wilayah atau daerah, berdasarkan impak kejadian itu (nyawa dan harta benda) serta keperluan mangsa berpindah ke pusat pemindahan sementara, penyaluran bantuan boleh dipertimbangkan," katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Mansor Othman mengakui terdapat kelemahan pada sistem amaran awal bencana khususnya dalam menentukan ketepatan lokasi potensi bencana, bagaimanapun agensi terlibat sedang menambah baik sistem itu.
Katanya JPS juga merancang menaik taraf sistem amaran awal bencana yang baharu di lembangan sungai seluruh negara melibatkan 516 unit siren dan 155 kamera web sedia ada serta pemasangan baharu 361 kamera web dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM160 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
DBKL melantik perunding bagi mengkaji dan mereka bentuk semula parit monsun serta longkang untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur itu bagi menampung jumlah air hujan, seterusnya mengatasi masalah banjir kilat. - Gambar fail/Astro AWANI
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
DBKL potong bekalan air penduduk PA, PPR culas bayar sewa
DBKL akan melaksanakan operasi pemotongan bekalan air terhadap penyewa Perumahan Awam (PA) dan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang culas membayar tunggakan sewa.
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Langkah proaktif itu bagi memastikan rakyat dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
DBKL kenal pasti lokasi, bantu golongan belia mula perniagaan
DBKL telah mengenal pasti beberapa lokasi berpotensi untuk membantu golongan belia memulakan perniagaan di sekitar ibu negara.
Satu taman, RM1 juta untuk hijaukan Kuala Lumpur - Datuk Bandar KL
RM1 juta akan diperuntukan untuk membuka taman di sekitar Kuala Lumpur sebagai usaha menghijaukan kota raya berkenaan.
Cadangan bangunkan CUT perlu diteliti - Datuk Bandar KL
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pihaknya perlu mengkaji dengan mendalam mengenai teknologi itu secara menyeluruh.
Kepengerusian ASEAN: Kesiapsiagaan banjir kilat diberi keutamaan sepanjang masa - Dr Zaliha
Kesiapsiagaan menghadapi banjir, terutama banjir kilat di ibu negara, terus diberi keutamaan sepanjang masa khususnya selepas Malaysia mengambil alih Kepengerusian ASEAN daripada Laos.