awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL naik taraf penghadang laluan pejalan kaki mesra OKU

Sinar Harian
Sinar Harian
19/08/2022
01:15 MYT
DBKL naik taraf penghadang laluan pejalan kaki mesra OKU
DBKL akan menggantikan semua aset penghadang batu tersebut kepada penghadang mesra OKU secara berperingkat. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Laluan pejalan kaki yang dipasang penghadang atau 'rubber bollard' di ibu kota akan dinaik taraf secara berperingkat bagi memudahkan orang kurang upaya (OKU) menggunakan kemudahan tersebut.
Langkah yang akan diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu adalah sebagai maklum balas terhadap penularan sebuah video mengenai kesukaran orang awam ketika melalui penghadang sedia ada.
Menerusi kenyataan di Facebooknya, DBKL memaklumkan tujuan utama pemasangan penghadang batu berkenaan adalah untuk menghalang motosikal dan penjaja menggunakan laluan siar kaki.
"Ia dipasang secara berselang-seli atau zig-zag dengan jarak tertentu supaya kenderaan tidak boleh melalui laluan siar kaki.
"Bagaimanapun, kerusi roda dan kereta sorong bayi boleh melalui akses tersebut," katanya menerusi penerangan video di Facebook DBKL pada Khamis.
DBKL memaklumkan, video yang tular tersebut dirakam pada sudut hadapan dan mereka yang berkerusi roda atau menolak kereta sorong bayi boleh melepasi halangan itu dari sudut tepi.
Dalam pada itu, DBKL berkata, projek naik taraf penghadang tersebut telah bermula sejak dua bulan lalu yang bersifat mesra OKU.
"Jadi DBKL akan menukarkan aset-aset lama secara berperingkat dengan produk yang baharu ini," katanya.
Baru-baru ini, seorang pengguna akaun Twitter berkongsi rakaman video kesukaran menolak kereta sorong bayi ketika melalui laluan yang dipasang penghadang tersebut. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#DBKL
#penghadang mesra OKU
#rubber bollard
#Orang Kurang Upaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan