Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil 1,500 sampel makanan secara rawak dari 61 tapak Bazar Ramadan di seluruh ibu kota untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL Datin Dr Noor Akma Shabuddin berkata ia bagi memastikan makanan yang dijual adalah selamat dan bersih serta tidak dicemari kuman berbahaya.
Beliau berkata kesemua sampel makanan berkenaan akan dihantar ke Makmal Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.
"Proses penganalisaan secara mikroorganisme akan dilakukan oleh pegawai sains dan lima jenis kuman akan dikaji iaitu E-Coli, Coliform, Salmonella, Bacillus dan Staphyilococcus yang berkaitan rapat dengan kebersihan pengendali makanan," katanya ketika melancarkan program Operasi Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2019 di sini, pada Isnin.
Dr Noor Akma berkata operasi persampelan makanan dan pemeriksaan sanitasi bermula hari ini dan akan dijalankan setiap hari secara berterusan sehingga minggu akhir Ramadan.
Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak 704 sampel makanan telah dikaji dan daripada jumlah itu, 207 sampel atau 29.4 peratus didapati tercemar.
Katanya, sebanyak 75 notis kompaun turut dikeluarkan kepada penjaja-penjaja terlibat di bawah Undang-undang Kecil (UKK) Pengendali Makanan 1979.
Dr Noor Akma berkata selain kebersihan makanan, pihaknya juga mengadakan operasi terhadap penggunaan produk biodegradasi dalam kalangan penjaja di Bazar Ramadan.
"Mereka hanya dibenarkan menggunakan plastik biodegradable atau compostable sahaja yang mempunyai persijilan daripada SIRIM Berhad," katanya dan menambah pihaknya telah mengeluarkan 330 kompaun sejak Januari lalu ke atas peniaga yang didapati tidak menggunakan produk tersebut.
Dalam tempoh sama, Dr Noor Akma berkata pihaknya turut mengeluarkan sebanyak 971 kompaun kepada peniaga yang melanggar peraturan di bawah UKK Pengendali Makanan, Akta Makanan 1983 dan UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2019
Selain kebersihan makanan, DBKL juga mengadakan operasi terhadap penggunaan produk biodegradasi dalam kalangan penjaja di Bazar Ramadan. - Gambar hiasan/Bernama
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Break The Siege: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Wartawan Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla di mana Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan Misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024.
Perkembangan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun
Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6.00 petang tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Jepun catat rampasan dadah kedua terbesar pada 2023 berjumlah 2,400kg
Angka itu melonjak 79 peratus daripada tahun sebelumnya, menandakan ia rampasan dadah kedua terbesar negara berbanding tahun pra-pandemik 2019.
Jeti haram di perairan Perlis bertambah, sukarkan pemantauan pasukan keselamatan
Kewujudan jeti haram di sekitar perairan Perlis menyukarkan pasukan keselamatan memantau aktiviti berkaitan penyeludupan bahan terlarang di perairan negeri itu.
‘Saya terkejut bila mula dapat tahu sangkut doping’ - Kumar
Kumar positif bahan terlarang jenis sibutramine ketika menggalas cabaran The Speedy Tigers pada Piala Asia di Dhaka, Bangladesh.
Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di bawah AADK
Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah AADK.
Jangan guna bahan terlarang untuk berjaya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan mahu semua atlet terutama daripada sukan angkat berat, agar tidak menggunakan jalan singkat dengan penggunaan bahan terlarang untuk meraih kejayaan.
Sukma MSN: Tiga kes positif doping babitkan atlet angkat berat - Adamas
Ujian antidoping itu dilakukan di luar pertandingan terhadap atlet-atlet sebelum bertanding dalam temasya itu.
Olimpik Musim Sejuk: ITA sahkan Valieva positif bahan terlarang
Atlet berusia 15 tahun itu membantu pasukan luncur ais Jawatankuasa Olimpik Rusia memenangi pingat emas Isnin lalu.
'Saya tidak ambil bahan terlarang, merokok pun tidak' - ADUN Pasir Bedamar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa beliau tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang.
Dua atlet angkat berat positif doping digantung serta-merta - PABM
PABM akan memberikan kerjasama penuh kepada panel pendengaran serta siasatan yang akan ditubuhkan dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Adamas.
Olimpik: 90 peratus atlet Malaysia telah diuji, bebas doping - Adamas
Setakat ini seramai 27 daripada 30 atlet selesai menjalani ujian anti-doping sebelum bertolak ke Jepun.