MALAYSIA

DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh

Pia Ernadya 31/01/2026 | 09:32 MYT
Hannah berkata langkah itu bertujuan memastikan pengurangan kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 benar-benar memberi manfaat kepada penjaja kecil. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperketatkan penguatkuasaan bagi membanteras kewujudan ‘middleman’ atau ejen yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui penyewaan tapak bazar Ramadan.


Ringkasan AI
  • DBKL memperketatkan penguatkuasaan untuk menangani ejen yang mengaut keuntungan dari penyewaan tapak bazar Ramadan.
  • Langkah itu diambil bagi memastikan pengurangan kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 memberi manfaat kepada penjaja kecil.
  • Kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 dikurangkan daripada RM500 kepada RM400 oleh DBKL, dengan matlamat mengurangkan beban kewangan penjaja kecil.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata langkah itu bertujuan memastikan pengurangan kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 benar-benar memberi manfaat kepada penjaja kecil.

“Yang penting, pihak kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan kadar sewa.

“DBKL akan melaksanakan penguatkuasaan bagi memastikan tiada orang tengah atau ejen yang mengaut keuntungan berlebihan.

“Kita mahu kos sara hidup dapat diturunkan dan memudahkan urusan warga Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Kuala Lumpur MADANI di sini, pada Sabtu.

Hannah sebelum ini mengumumkan kadar sewa tapak bazar Ramadan 2026 di bawah seliaan DBKL diturunkan daripada RM500 kepada RM400 bagi meringankan beban kos penjaja kecil.

Menurut beliau, pengurangan sebanyak RM100 itu bertujuan mengelakkan sebarang beban kewangan yang tidak munasabah dikenakan ke atas penjaja kecil.





#Hannah Yeoh #kos sara hidup #Ramadan #Bazar Ramadan