DBKL sahkan gangguan struktur punca mendapan di Masjid India

DBKL telah menyelesaikan kerja pembaikan dan membuka semula laluan kepada awam pada jam 6 petang. - Foto DBKL
KUALA LUMPUR: Mendapan di Jalan Bonus, Masjid India pada pagi Isnin, didapati berlaku secara setempat, menandakan terdapat gangguan pada kestabilan struktur turapan di kawasan berkenaan.
Ringkasan AI
- Mendapan di Jalan Bonus, Masjid India pada pagi Isnin disebabkan gangguan pada kestabilan struktur turapan, mengakibatkan penutupan sebahagian laluan.
- DBKL telah melakukan kerja-kerja pembaikan dan kini Jalan Masjid India telah dibuka semula kepada laluan awam.
- DBKL menegaskan keselamatan orang awam sebagai keutamaan, dengan pemantauan dan pemeriksaan lanjut dijalankan.
“DBKL akan meneruskan pemantauan rapi serta melaksanakan pemeriksaan dan pengimbasan lanjut di lokasi dan kawasan sekitar.
“DBKL (turut) menegaskan bahawa keselamatan orang awam merupakan keutamaan, dan merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama, serta pematuhan arahan keselamatan sepanjang kerja pemulihan dijalankan,” menurut kenyataan lagi.
Awal pagi Isnin, sebahagian laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara kepada kenderaan, susulan kejadian mendapan permukaan jalan yang berlaku pagi ini berhampiran premis Bombay Jewellery di Jalan Bonus.
Insiden itu dikesan pada jam 8.39 pagi dan penutupan laluan dilakukan dari Lorong Masjid India 4 hingga ke kawasan terjejas bagi tujuan keselamatan dan siasatan lanjut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa yang menyebabkan kejadian mendapan di Jalan Bonus, Masjid India pada pagi Isnin? A: Kestabilan struktur turapan di kawasan berkenaan mengakibatkan kejadian mendapan.
- Q: Apakah tindakan yang telah diambil oleh DBKL berkenaan kejadian tersebut? A: DBKL telah melakukan kerja-kerja pembaikan permukaan jalan serta membuka semula Jalan Masjid India kepada laluan awam selepas kerja pemulihan selesai.
- Q: Apa yang menjadi keutamaan DBKL berhubung keselamatan orang awam setelah kejadian mendapan? A: DBKL menegaskan bahawa keselamatan orang awam merupakan keutamaan utama dan akan terus memantau serta melakukan pemeriksaan lanjut di lokasi dan kawasan berkenaan.
- Q: Pada jam berapakah kejadian mendapan di Jalan Bonus, Masjid India berlaku? A: Kejadian mendapan berlaku pada jam 8.39 pagi.
- Q: Berapa lama laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara selepas kejadian? A: Laluan di Jalan Masjid India ditutup sementara dari Lorong Masjid India 4 hingga ke kawasan terjejas bagi tujuan keselamatan dan siasatan lanjut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

