awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL sita perniagaan warga asing beroperasi tanpa lesen

Bernama
Bernama
13/04/2025
12:30 MYT
DBKL sita perniagaan warga asing beroperasi tanpa lesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan sita terhadap barangan jualan sembilan penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam satu operasi di ibu negara, semalam. - Foto Facebook DBKL
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenakan tindakan sita terhadap barangan jualan sembilan penjaja warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen dalam satu operasi di ibu negara, semalam.
DBKL menerusi hantaran di Facebook memaklumkan penjaja berkenaan didapati menjalankan perniagaan mereka di Jalan Leboh Pudu dan Jalan Tun Tan Siew Sin.
"Tindakan dilaksanakan berdasarkan pemantauan berkala di sekitar kawasan Petaling. Kesemua barangan yang dikenakan tindakan sita telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.
"Tindakan sitaan dilaksanakan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016," menurut hantaran itu.
DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti dan orang awam boleh berhubung atau menyalurkan aduan serta maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#sita perniagaan
#warga asing
#perniagaan tanpa lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan