awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL terus gempur premis warga asing tanpa lesen

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
15/07/2020
06:39 MYT
DBKL terus gempur premis warga asing tanpa lesen
Nor Hisham berkata, tindakan sita itu dikenakan ke atas sebuah kedai runcit milik warga Indonesia dan tidak mempunyai lesen yang sah. - Foto Ihsan DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tekad untuk terus menggempur premis warga asing tanpa lesen di ibu negara yang menerima banyak rungutan dari orang ramai.
Terbaharu, DBKL memaklumkan telah menyita sebuah premis perniagaan milik warga asing dalam satu operasi di Jalan Madrasah, Setapak Jaya, di sini pada Rabu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tindakan sita itu dikenakan ke atas sebuah kedai runcit milik warga Indonesia yang tidak mempunyai lesen yang sah.
"DBKL meneruskan lagi gempuran dan tindakan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran dengan kekuatan seramai 22 anggota.
"Tindakan telah diambil terhadap salah laku yang menyalahi undang-undang dan gerai tersebut juga dikenakan tindakan sita dan tutup serta-merta di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya kepada Astro AWANI di sini.
"Sehubungan itu, DBKL meminta semua pihak jika mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan warga asing atau kesalahan lain, sila salurkan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran," jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#DBKL
#Indonesia
#kerajaan
#Kuala Lumpur
#operasi
#undang-undang
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan