awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tetap larang pesta arak - Tengku Adnan

Bernama
Bernama
24/09/2017
14:15 MYT
DBKL tetap larang pesta arak - Tengku Adnan
Tengku Adnan (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta pada Sambutan Minggu Perpaduan dan My Rukun Negara peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2017 di PPR Seri Semarak, Setiawangsa hari ini. --fotoBERNAMA
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas melarang pesta arak 'Better Beer Festival 2017' walaupun pihak penganjur menjamin aspek keselamatannya, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata DBKL tetap tidak akan mempertimbang semula penolakan permohanan penganjuran pesta itu sebelum ini kerana ia bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi juga akan berlaku penjualan arak di tempat terbuka.
"Mereka boleh mengadakan pesta itu di hotel, pub atau restoran. Saya tidak kisah. Tempat terbuka tidak akan dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Minggu Perpaduan dan My Rukun Negara 2017 Peringkat Kuala Lumpur serta #V4KL@Unity di sini hari ini.
Beliau berkata aspek keselamatan perlu diletak di bawah kredibiliti dan tanggungjawab pihak polis yang jelas turut tidak menyokong pesta tersebut.
"Dia (penganjur) kata cukup selamat, tidak kan jadi apa-apa, itu dia kata, tapi keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan, " tambahnya.
Pihak penganjur telah meminta DBKL untuk mempertimbang semula keputusan mereka menolak program itu kerana pihak penganjur mendakwa telah mengambil langkah keselamatan kepada para pengunjung.
Pesta itu dicadang diadakan selama dua hari mulai 6 Okt di Publika Shopping Gallery di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Better Beer Festival 2017
#DBKL
#keselamatan
#pesta arak
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan