[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

DBKL tubuh sukarelawan demi keselamatan

Roshdi Lidun 22/10/2012 | 01:42 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menubuhkan satu pasukan sukarelawan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di ibu negara bagi menjadikan Kuala Lumpur bandar raya selamat.
Datuk Bandar Datuk Ahmad Phesal Talib berkata pasukan sukarelawan itu akan membantu pihak berkuasa memantau keadaan di sekitar kawasan bandar raya untuk mencegah kejadian jenayah.
"Penubuhan sukarelawan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban pihak polis dalam menjalankan tugas," katanya semasa menutup Seminar Pencegahan Jenayah, Ahad.
Ahmad Phesal juga berkata pelaksanaan konsep 'bandar raya selamat' itu dapat mewujudkan persekitaran kediaman yang bebas daripada kegiatan jenayah, tenteram dan selamat untuk didiami.
Selain itu, konsep tersebut juga diharap dapat mewujudkan bandar yang bebas daripada kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah, rasuah, dan pelacuran, katanya.
#ahmad phesal #Datuk Bandar #DBKL #Dewan Bandaraya #selamat