DBKL tukar beberapa nama jalan utama sekitar KL

Astro Awani
November 25, 2014 03:31 MYT
DBKL menukar nama-nama jalan tersebut sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail
Nama-nama jalan di sekitar Kuala Lumpur yang selama ini sudah dikenali bakal diberikan nama baharu oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam kenyataan media yang ditandatangani Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr. Ismail Tapa, tindakan penamaan semula tersebut adalah sempena nama raja-raja yang pernah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Nama-nama baharu itu akan mula digunakan pada Rabu, 26 November.
Nama-nama jalan baharu tersebut ialah:
1. Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
2. Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan dit ukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
4. Persiaran Duta ak an ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah aka n dit ukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
6. Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar
8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra
#Agong #DBKL #jalan #Jalan Duta #Kuala Lumpur #nama