awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tutup 14 premis perniagaan dikendali warga asing

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2023
02:40 MYT
DBKL tutup 14 premis perniagaan dikendali warga asing
DBKL berkata, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan selepas ini kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan. - Foto DBKL
KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 premis dikendalikan peniaga warga asing di sekitar Kenanga Wholesale City (KWC) diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Sabtu.
Tindakan itu diambil susulan operasi khas dijalankan DBKL di sekitar pusat beli-belah itu yang bermula lewat petang dan berakhir 10.30 malam.
DBKL melalui kenyataan berkata, serbuan mengejut dilakukan ke atas 15 premis perniagaan hasil risikan lebih seminggu dilakukan pihaknya.
"Kesemua premis melibatkan aktiviti penjualan pakaian, tekstil, alatan jahitan yang dikendalikan oleh warga negara Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.
"DBKL membuat semakan ke atas 20 pembantu atau pengendali premis warga asing dan terus membuat tindakan penutupan serta merta (sealed) terhadap 14 buah premis menerusi Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"DBKL turut mengeluarkan 15 notis kompaun terhadap premis-premis berkenaan menerusi Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 ( 5 notis Tiada Lesen Perniagaan, 10 notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran )," katanya, pada Ahad.
Mengulas lanjut, DBKL berkata, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan selepas ini kepada pemilik premis warga tempatan bagi pengesyoran penamatan atau pembatalan lesen perniagaan berikutan membenarkan warga asing mengendalikan aktiviti perniagaan mereka tanpa kebenaran sah.
"DBKL akan meneruskan lagi tindakan pemantauan dan risikan berterusan di semua lokasi tumpuan (hotspot) yang lain melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan dikendalikan oleh warga asing," tegasnya.
Topic Berkaitan
#DBKL
#warga asing
#operasi khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan