MALAYSIA
DBKL, UNICEF meterai MoU perkasa bandar mesra kanak-kanak
Kerjasama ini melibatkan dua inisiatif utama iaitu Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (Child Friendly Cities Initiative, CFCI) dan Program ASUH KL. - Foto UNICEF Malaysia.
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis bagi mengutamakan kanak-kanak dalam perancangan bandar dan perlindungan sosial.
Kerjasama itu melibatkan dua inisiatif utama iaitu Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (Child Friendly Cities Initiative, CFCI) dan Program ASUH KL.
Kedua-duanya mencerminkan perubahan besar daripada membina bandar berasaskan infrastruktur semata-mata kepada membangunkannya mengikut keperluan dan realiti harian kanak-kanak.
MoU yang ditandatangani sempena Forum Urbanisasi Mampan ASEAN itu turut menandakan penyertaan rasmi Kuala Lumpur dalam gerakan global CFCI dan pelancaran inisiatif perintis bantuan sosial pertama di Malaysia untuk kanak-kanak kecil di perumahan awam.
Kerjasama itu menjadi langkah penting mengubah perancangan masa depan Kuala Lumpur dengan mengutamakan hak, keperluan dan kesejahteraan kanak-kanak, selaras dengan keutamaan negara dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk mengurangkan kemiskinan kanak-kanak serta membina bandar inklusif.
Wakil UNICEF ke Malaysia, Robert Gass berkata usaha itu meletakkan asas kepada masa depan di mana bandar dibentuk agar lebih responsif terhadap hak, suara dan impian kanak-kanak.
“Apabila kita memeterai kerjasama ini, kita meletakkan kanak-kanak di nadi pembangunan bandar,” katanya.
Beliau turut merujuk kepada kajian UNICEF Living on the Edge 2024 yang mendapati separuh isi rumah di perumahan kos rendah Kuala Lumpur mengurangkan pengambilan makanan, malah ada kanak-kanak yang terpaksa berpuasa makan kerana kesempitan kewangan.
“Memastikan setiap kanak-kanak mendapat makanan berkhasiat mesti menjadi keutamaan bersama,” tegasnya.
Sebagai sebahagian pelaksanaan CFCI, DBKL akan menjalankan analisis bandar secara menyeluruh untuk memahami realiti hidup semua kanak-kanak, termasuk mereka yang tinggal di perumahan awam, berkeperluan khas, atau dalam persekitaran berisiko.
Dapatan itu akan membentuk Pelan Tindakan CFCI tiga tahun yang dihasilkan bersama kanak-kanak bagi memastikan penyertaan belia yang bermakna dalam keputusan majlis bandaraya.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata DBKL akan menubuhkan Majlis Kanak-Kanak pertama sebagai pengiktirafan bahawa golongan itu adalah sebahagian daripada teras People dalam pendekatan 4P bandar iaitu Public (Awam), Private (Swasta), People (Masyarakat) dan Partnership (Kerjasama).
DBKL sebelum ini telah melaksanakan beberapa inisiatif mesra kanak-kanak termasuk perkhidmatan bas percuma GoKL untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, zon sekolah lebih selamat dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Global Designing Cities Initiative (GDCI), serta perpustakaan mainan dan ruang permainan di pusat komuniti seperti UTC Sentul.
Program ASUH KL pula menggabungkan bantuan kewangan bulanan dan aktiviti komuniti berkaitan pemakanan untuk ibu mengandung dan kanak-kanak bawah lima tahun di perumahan awam Kuala Lumpur.
Di bawah Belanjawan 2025, setiap kanak-kanak bawah lima tahun akan menerima RM150 sebulan dari Ogos hingga Disember 2025, dengan kemungkinan bakal dilanjutkan.
UNICEF bekerjasama dengan DBKL dan rakan tempatan bagi melaksanakannya, dengan pemantauan dan penilaian keberkesanan sebelum diperluas pada masa hadapan.