awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBP lancar pelan antirasuah DBP 2021-2025

Bernama
Bernama
05/08/2021
20:00 MYT
DBP lancar pelan antirasuah DBP 2021-2025
DBP melancarkan Pelan Antirasuah DBP 2021-2025, dengan menumpukan kepada empat bidang keutamaan.
KUALA LUMPUR: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melancarkan Pelan Antirasuah DBP 2021-2025, dengan menumpukan kepada empat bidang keutamaan iaitu pengurusan kewangan, tadbir urus, pengurusan bahasa, sastera dan penerbitan, serta khidmat pengurusan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelan tersebut membuktikan pendirian dan kejituan semangat pihak pengurusan tertinggi DBP, dalam meningkatkan keutuhan dan keberkesanan tadbir urus organisasi tersebut, selaras dengan saranan kerajaan mewajibkan badan berkanun untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), masing-masing.
"Pelan Antirasuah Organisasi diperkenalkan sebagai inisiatif mandatori di bawah Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023, melalui Strategi 2 iaitu memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan juga Strategi 6 iaitu memupuk tadbir urus baik dalam entiti korporat," katanya ketika merasmikan Pelan Antirasuah DBP 2021-2025, yang diadakan secara maya pada Khamis.
Mohd Zuki juga berharap, pencapaian ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan perangsang kepada agensi kerajaan lain, untuk membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi masing-masing, dalam membendung kegiatan rasuah dalam kalangan penjawat awam.
Sementara itu, Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran berkata, pelancaran pelan itu adalah penting untuk masa depan DBP.
"Pelan ini jadi menjadi galakan untuk memastikan budaya kerja di DBP, berasaskan intergiriti dan menjadikan rasuah antara musuh utama, bagi mengekalkan kesejahteraan negara dan organisasi khususnya," katanya.
Pada masa sama, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, pelan ini merupakan alat pengurusan yang berkesan, dan boleh dijadikan panduan dalam menguruskan isu rasuah secara sistematik.
"Hal ini sekali gus dapat memudahkan pihak Lembaga Pengelola DBP, untuk memantau tadbir urus yang dilaksanakan oleh pengurusan DBP," katanya.
Pelan yang meliputi empat bidang keutamaan, empat strategi, tujuh objektif strategik dan 42 insiatif jangka masa pendek dan panjang ini, akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sepanjang 2021 hingga 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Bahasa dan Pustaka
#Pelan Antirasuah
#Rasuah
#pengurusan kewangan
#penjawat awam
#sastera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan